Tuesday 13 April 2021

 Alhamdulillah...akhirnya dapat buka semula Blog ku yang byk kenangan di sini


Friday 2 August 2019

Hari ini 2 ogos bersamaan 2 zulhijjah.. Ku mesti nekad untuk berpuasa sunat.  1 hingga 8 Zulhijjah,  puasa sunat Zulhijjah. Dan 9 hb Adalah puasa Sunat Arafah.  Kerinduanku pada Tanah Haram ..rindunya daku menjadi Tetamu Allah di. Musim haji 1440H,  tidak sama dengan adanya diriku Di sana.
Kepada kakakku ,pok nik, safik dan yana semoga Allah swt merahmati dan permudahkan urusan haji di sana. Semoga Allah menerima segala doa, taubat dan amalan sepanjang di sana..

Thursday 27 October 2016

bertugas di tempat baru julai 2016

alhamdulillah dengan izinnya akhirnya dapat jua ku beralih angin ke lokasi bertugas baru
kawan baru suasana baru,,,tenang rasa di hati
apa lagi yg perlu kucari
usaha dan terus berusaha sehingga tamat perkhidmatan
semoga anak didikku mendapat syafaat daripada usaha
dan ikhtiarku untuk mereka.

Tuesday 22 December 2015

bina blog bersama Sazana

assalamualaikum wm wbt, hari nii kelas bisness online bersama sazana di Juara Travel, face book, blog umrah

Friday 18 December 2015

AKU MOHON SYAFAATMU YA RASULULLAH SAW...

ASSALAMUALAIKUM WM.WBT,

Segala puji bagi Allah SWT tuhan yang mencipta langit ,bumi dan segala isinya, salam dan selawat buat junjungan nabiku yag dicintai, dikasihi, Rasullullah saw, nabi Muhammad saw, para sahabat baginda, tabi' dan taabiin, org yang soleh, jiran tetanggaku, anak dan suamiku,,, bapa mertuaku, ibubapaku.... adik beradikku...sahabatku dunia dan akhirat...  semoga kita termasuk dalam golongan yang beriman dan diterima amalan kita di sisi Allah.

Khusus tulisan ini buat junjungan mulia nabi Muhammad saw....
Ya Rasulullah saw, kaulah bintang di langit,
kaulah juga bulan purnama di malam hari,
bagai mentari di siang hari...
Ya Rasulullah.... aku rindu sangat padamu.....
Aku terlalu kasihkan padamu ya Rasulullah saw
Ya Rasulullah saw.... aku hanya seorang perempuan,
mana mungkin aku dapat bersalam dan memelukmu dek kerana daku sangat kasihkan kamu ya rasulullah saw,
Ya Rasulullah, aku hanya perempuan,,,,
yang engkau lihat banyak di dalam neraka....aku jadi takut ya Rasulullah saw
aku takut sangat dengan khabarmu itu,
sebab di dalam cerita hadismu... banyak perilaku ku yang kau khabarkan ada seperti ahli nerakamu itu,

aku takut ya Rasyulullah...takut sgt sangat....
Ya Rasulullah , ku mohon syafaat mu ya rasul kareem,
Ya Rasulullah, ku mohon sangat sangat syafaat mu di hari Kiamat kelak, di padang Masyar kelak,
aku tidak tahu adakah engkau akan lihat dan pandang diriku... aku rasa sendiri, bahawa diriku bagaikan kuman di seberang lautan, mana mungkin ya Rasulullah , aku akan dilihat olehmu...
aku takut... aku sedih nii ya Rasulullah.... aku sangat bimbang nii... air mataku mengalir nii..
hatiku jadi luluh nii..... Ya Rasulullah.... tolonglah daku nanti DI SANA!!!! dunia akhirat yang padat dengan manusia yang membawa dosa dosa yang direka sendiri oleh kita semasa hayat..
ya Rasulullah.... aku cintakan kamu ya Rasulullah..
Jika hari ini kau ada.... aku pasti merujuk perangaiku ini akan masuk syurga atau tidak...
aku akan buat macam abu darda' ...minta Allah jawab terus bahawa dosaku telah diampunkan oleh Allah..... barulah aku boleh bernafas semula dengan lega.....
namun mana mungkin!!!
aku bukan sesiapapun.....
aku bukan insan yg warak sujud beribadat 1000 rakaat setiap malam seperti Rabiatu adawiyah..
aku perempuan yang ampuh....tolong lah ya Rasulullah saw...
tolong Doakan untuk aku menjadi wanita hebat dan kuat 
Tolong ya Rasulullah doakan aku agar menjadi insan yang muhsin...
Tolong ya Rasulullah , berilah daku syafaatmu di hari kiamat kelak
Aku mahu masuk syurga bersama mu..ya Rasulullah saw
Aku mahu melihat Allah sebagai mukmin di syurga kelak....
Tolong doakan aku juga ya..ya Rasulullah!!
Allahum Solli Ala Syaiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad..
Sollu  Alaihi....

Takbir!!! Allahu Akbar. 

Wednesday 11 February 2015

tahun 2015

Ya Allah ya Rahman... Ya Rahiimmm...andainya tahun ini adalah pilihan bagiku untuk merasai lagi nikmat kehidupan, izinkan daku untuk mencintai Islam,.. mencintai Rasulullah saw, mencintai Kaabah... mecintai untuk menziarahi masji d nabi di madinah... mencintai jalan orang yag sukakan masjid, orang yag suka bersedekah, orang yang r suka membuat kebajikan.... ya Allah ... aku tajut untuk mati tiba2... kerana bimbang menjadi seperti burung  kakak tua... walaupun sentiasa mengajuk cakap tuannya kalimah syahadah... namun di akhir hayatnya yang mampu disebut cuma....king...king...king...melalak kerana dibaham kucing.....akau taku ya Allah...