Wednesday 11 September 2013

ANAKANDA ATHIRAH UPSR 2013

Bengkel Motivasi UPSR di Amansari tjg api
Alhamdulillah,...semua  sudahh ditentukan Illahi.. sampai masa dan saatnya Anakandaku Siti Nur Athirah, menduduki ujian UPSR 2013 pada 9hb September - 11 sept 2013.  Mulai petang asar kami dua beranak selepas solat asar membaca surah Yassin ,tahlil dan doa memeohon panduan daripada Allah taala. Kemudian malamnya bersama suamiku, kami anak beranak solat berjamaah maghrib terus menunaikan solat Hajat untuk Athirah.. Alhamdulillah, syukurnya rasa dan lega hati ini dapat mengadu dan meminta kepada Yang maha Kuasa... pagi 9hb... ku ambil peluang hadiri waktu pagi ke sekolah nya... ustaz membacakan doa khusus untuk melangkah masuk dewan peperiksaan.....hari selasa BM 1, BM 2 dan Matematik 2. Hari Rabu 10hb, kertas matematik 1 dan esok hari terakhir BI 1 dan 2 serta kertas Sains.  Semoga anakku diberi kefahaman para nabi dan ulamak, kecerdasan minda seperti Imam dan Ulamak,  ketabahan dan kekuatan seperti rasul ulul azmi,.. ya Allah bantulah anakku menjadi innsan cemerlang dunia dan akhirat. Jadikanlah anakku seorang anak solehah, berakhlak mulia seperti Fatimah az zahrah, bijak seperti saidatina Aisyah r.a., serta berjiwa pendakwah seperti Rabiatul Adawiyah... semoga memperolehi 5A wahai anakku sayang.....
beratur dan doa sebelum masuk dewan peperiksaan sksa
Sukan Tahunan Sekolah 2013 di UIA Ktn