Tuesday 6 September 2011

KEK COKLAT MOIST untuk dikongsi bersama..

Alhamdulillah, sempena aidilfitri 1432H ni, saya nak kongsi kek coklat moist senang dan mudah sahaja...  sila lah cuba, InsyaAllah menjadi kerana bahannya mudah , murah dan senang diperolehi.
BAHAN A

1 cawan gula
Setengah tin susu cair
Setengan tin susu pekat
1 cawan minyak masak ( minyak jagong lagi best)
Semua bahan di atas masak atas dapor api perlahan sahaja untuk larutkan gula..
Sedah sebati, angkat dan biarkan sejuk.


BAHAN B
1 CAWAN TEPUNG coklat/ koko ( powder)
1 1/2 cawan tepong gandum
1 cmteh baking powder
1 cmteh soda bikabornat
Semua di atas diayak sekali (biar halus)
3 biji telur
1 cmteh esen vanilla
secubit garam


CARANYA...
1. Semua bahan A bila dah sejuk satukan dengan BAHAN B.
2.  Kacau biar rata dan sebati... jika nak guna pengacau pengadun tangan sahajapun ok juga.
3.  Pecahkan telur satu persatu, masukkan esen vanilla, secubit garam dan gaul biar rata.
4.  Telur tuu, seeloknya dikacau sedikit dahulu. Boleh juga diputar sekaligus dengan pengisar.
5.  Pastikan jangan berketul.... tapis pakai penapis pun ok juga, nak halus.
6.  Setelah itu, masukkan dalam loyang. Pakai bekas kecil yang ada tutup tuu boleh juga buat sebiji2.
     Dapat 25 biji.  
7.  Masukkan  air dalam pengukus atas dapor. Setelah air panas, masukkan loyang kek tadi
8.  Sebelum kukus, dinasihatkan tutup loyang dengan aluminium atasnya tak nak air wap masuk 
     ke dalam.
9.  Isi dalam loyang 3 / 4 saja... sebab dia akan naik, kalau penuh tak cantik.
10.  Kukus selama 45 minit. Siap angkat dan boleh hidangkan dengan toping coklat dan kacang walnut.\
       Tabur atas toping... selamat mencuba!!!!


SELAMAT MENCUBA.........