Thursday 5 December 2013

Kursus penyembelihan ayam 2013

November memang kami tunggu.... time nii banyak ilmu praktikal nak bagi kat pelajar. Biar dia rasa dan tahu bahawa makanan yang diambil perlu dari sumber yang halal. Bukan payah sangat nak sembelih, cuma syaratnya guna alatan yang tajam dan putuskan Dua urat Halkum dan Merih sahaja...
Tapi kecut perut juga time letak pisau dileher ayam. Macam nak potong leher kita tentu rasanya sama sakit sahaja... cuma Islam menekankan kaedah dan cara menyembelih biar betul barulah kurang sakit dan mati lebih cepat.
Kalau  lama sakit  maka lama azab yang ditanggung. Ini tidak bertepatan dengan syariat Islam. Jika kamu menyembelih maka hendaklah kamu berlaku ihsan....""

     Pengalaman ini sukar dicari. Mujur juga Bridged Bakti sanggup turun padang membantu kami menjayakan program ini. Terima Kasih tidak terhingga kepada En Hilmi dan Encik Amri. Harapan kami pelajar memperolehi  ilmu.   Yang  enjoynya selepas itu bermulalah proses membersih dan membuang bulu ayam. Memang kekok sungguh mereka. pegang pisau. Nampak kaku.  Togel ayam dibuatnya. Medu hijau dalam perut ayam  ada yang pecah dikoreknya. Yang malas tak suka tangan kotor pun ada. Rela tak pegang ayam. Yang seronoknya kami amat rasa puas kerana sambil belajar dapat makan ayam kampung goreng special. Macam KFC....
Pelajar  perempuan membantu mengoreng ayam dan menyiapkan keperluan untuk memasak. Sporting sangat mereka ...






KRAF TANGAN

Beg Punjut cantik
Minat adalah segalanya. Bermula dari sini , aku sedia mengadap apa jua kain dan benang asaalkan dapat berjahit. Kalau kita ada kemahiran, InsyaAllah kita tak rasa sunyi. Seaatiap masa kita akan ada aktiviti dan setiap masa kita boleh kita bersama.


simpan kad, barang ...gantung!!


Beg handpone

simpan syiling

Cantik kan..

semua dengan izin Allah..


beg syiling
Skir patchwork

Table runner

INSAN BERJASA DAN BERBAKTI

Mak Cik Minah -" Cik Noh" sudah terlantar 30 tahun tanpa sebab , hanya tuhan yang tahu hati dan perasaannya.Rakam gambar di rumah Pah ,Indera mahkota, raya puasa 2013.
Fauzi-"Pok" 2013 kudoakan semoga memperolehi rahmat Allah selalu
Gambar ini memang tak cantik, tak indah tak ada apa orang nak pandang... tetapi ia mempunyai erti yang besar dalam sesebuah kehidupan. Maereka adalah insan yang berjasa dan banyak pengalaman asam garam kehidupan yang dilalui. Banyak pahit manis dilalui sehari hari. Ia bagai insan yang berjasa dan mutiara kehidupan. Semoga Allah memberkati semua yang masih ada dan jika kita pergi selamanya , inilah kad                                                                                                       kiriman gambar sebagai pengganti  diri ..                                                                                                       DOA kan kami dan sedekahkan kami                                                                                                           bacaan ayat suci al Quran yaa.. !!
Kak Long, Aisyah dan Athirah
Ini gambar Tok Wan yang amat pengasih dan penyayang kepada semua anak menantu dan cucu cucunya. Sentiasa senyum dan tidak pernah mengeluh sepanjang kehidupannya. 
Tok Wan Melor dan Aisyah
Add caption
ayah Ngah Din di rumah Mek di Kijal pada pagi hari raya Aidil Fitri 2013. Mereka bersaudara sesuan dan seperti adik beradik  selama hidup. 

Ayah Ngoh Din dan Mek
Pak De Soh dan Mak De Kembang yang baik hati dan pengasih
"Tok " mertua Mai umur 80 lebih punya hati yang sangat tulus dan suci

Cik Manis dan Mek di Selayang

Dua beradik sukar dipisahkan lagi

 di Majlis sambut Menantu Kamal di selayang , KL

Mak Melor dan Mek ,pertunangan Nizam Ghazali, K.Terengganu Nov 13

Bercucuk Tanam Sebagai tanda syukur pada Allah


عن أنس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من مسلم يغرس غرسا إلا كان ما أكل منه له صدقة. وما سرق له منه صدقة. وما أكل السبع منه فهو له صدقة. وما أكلت الطير فهو له صدقة.
Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada seorang muslim pun yang menanam pokok atau mengusahakan pertanian lalu burung, manusia atau binatang memakan daripadanya kecuali akan menjadi sedekah untuknya. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menjelaskan kepentingan bekerja sebagai petani sebagai satu aktiviti ekonomi. Rasulullah s.a.w. menyebutkan ganjaran pahala yang akan diperolehi apabila orang lain atau makhluk-makhluk lain mendapatkan manfaat daripadanya. Dua faedah yang diperolehinya, pertama dia dapat menikmati hasil tanaman dan kedua pahala di akhirat.
Bahkan di dalam riwayat lain disebutkan ganjaran pahala ini akan berterusan hingga hari akhirat.


Orang yang mengusahakan tanah mendapat pahala dengan sebab penyertaannya dalam kegiatan memakmurkan bumi yang merupakan salah satu tugas khalifah. Dia bukan hidup untuk dirinya sahaja tetapi bekerja untuk kebaikan masyarakatnya. Dengan segala kemampuannya, dia tampil untuk melakukan kebajikan dalam bentuk menghijaukan bumi.

Atas dasar kesedaran dan keinginan mahu menyahut seruan di atas, kami mula mengorak langkah agar Allah menerima amalan kami sebagai bekalan di akhirat kelak. Ya Allah , tidak aku berbuat semua ini kecuali untukMu dan terimalah ibadahku ini seagai kerja amalku dan jadikanlah orang yang memakannya dan menerima hasilnya kelak (sekiranya aku dah tiada kelak) , mereka menggunakankannya secara yang baik baik sahaja. Jangan bergaduh sesama sendirim kelak ibu dan ayah mu akan mendapat azab di akhirat. Guna dengan baik baik ya wahai  anak.. anakku..
Durian Belanda II



Nyior Gading


Kelapa Mantap

Ini juga Durian kunyit

Kelapa Mantap ..

Rambutan anak sekolah
Durian Kunyit..


Durian Kunyit... like musang King!!
Durian Belanda..
Nyior Gading
Deretan Kelapa Mantap
Durian Kim Hong isi pahit katanya..


في كل كبد رطبة أجر.

"Pada setiap yang bernyawa itu ada ganjaran pahala." (al-Bukhari)
Di dalam al-Quran banyak disebutkan bimbingan supaya mengambil petunjuk daripada kekuasaan dan penciptaan Allah yang menghidupkan bumi dengan tanaman-tanaman. Dengan melibatkan diri dalam pertanian seseorang akan lebih memerhati hakikat dan hikmat di sebalik kejadian Allah s.w.t. Dengan itu, imannya sentiasa diperbaharui dan ditingkatkan. 

Semoga Allah menerima segala usaha dan amala kami..Amin.

Kursus Pengurusan Jenazah 2013

Sebagai penutup tirai 2013, pelajar tingkatan 3dan2  dihidangkan dengan kursus pengurusan jenazah. banyak yang mereka pelajari dan teori dipraktikkan. Sambil bersantai kuliah di sampaikan oleh Kapten Rosmawardi dari ATM bt 11m Jln Gambang Kuantan. seronok dengar sesi penerangan yg disampaikan bersahaja, santai dan menghiburkan hatii.
berdiskusi 
Haa... kita kena ingat nii.....!!!


tangan letak betul betul...
Perempuan juga mesti ambil berat tau..
 Tuntutan fardhu Kifayah ini walaupun nampak mudah tetapi bukan semua orang pandai melaksanakaannya. Oleh sebab itu, kursus ini amat wajar diteruskan selagi ada keupayaan dan kehidupan.

Time nak jadi mayat semua kecut perut..

Esok aku mati macam nii lah orang buat ..!!

Alhamdulillah atas Segalanya..

Banyak perkara yang perlu kita syukuri. Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada manusia baik dari segi kesenangan dan musibah. Itu yang wajib kita imani dan harapnya kita akan sentiasa jatuh cinta dengan Allah SWT. Ya Allah... ko bermohon kehadratMu dalam apa jua keadaan senang atau susah janganlah Engkau palingkan hatiku, iamnku dan Amalku kepadaMu...aminnnnnnnnnnnnnnn
Segala penat lelah anakku Athirah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran, kadang2 bertahajjud juga denganku membuahkan hasil yg indah untuknya. Allah SWT telahpun mengurniakan pencapaian 5A dalam UPSR tahun 2013. Tahniah anakku... Allah sentiasa menunaikan janjinya kepada orang yang berusaha...
Sijik UPKK , Alhamdulillah 8A
GB yang berwawasan.. Tkasih
Terima kasih Semua Guru SKSA
Ini sahabat karib, Syikin dan Wafa


Add caption

Ini untuk Allah, Rasul dan Islam
Tahniah...
Tangis gembiraa...

Nasib baik ada juga namaku terpilih 5A

 Rasa gembira merupakan fitrah yang Allah kurniakan jika kita telah berusaha secara bersungguhm kemudian kita mencapainya. Tetapi anakku kita seharusnya sedar yang memberi kejayaan bukan kerana kita berusaha malah bukan kerana kita pandai tetapi kerana RAHMAT ALLAH SWT. Jika kita mendengar nasihat ibubapa dan mengikuti jalan yang diizinkan Allah, maka Rahmat Allah akan sampai kepada kita,....