Friday 18 December 2015

AKU MOHON SYAFAATMU YA RASULULLAH SAW...

ASSALAMUALAIKUM WM.WBT,

Segala puji bagi Allah SWT tuhan yang mencipta langit ,bumi dan segala isinya, salam dan selawat buat junjungan nabiku yag dicintai, dikasihi, Rasullullah saw, nabi Muhammad saw, para sahabat baginda, tabi' dan taabiin, org yang soleh, jiran tetanggaku, anak dan suamiku,,, bapa mertuaku, ibubapaku.... adik beradikku...sahabatku dunia dan akhirat...  semoga kita termasuk dalam golongan yang beriman dan diterima amalan kita di sisi Allah.

Khusus tulisan ini buat junjungan mulia nabi Muhammad saw....
Ya Rasulullah saw, kaulah bintang di langit,
kaulah juga bulan purnama di malam hari,
bagai mentari di siang hari...
Ya Rasulullah.... aku rindu sangat padamu.....
Aku terlalu kasihkan padamu ya Rasulullah saw
Ya Rasulullah saw.... aku hanya seorang perempuan,
mana mungkin aku dapat bersalam dan memelukmu dek kerana daku sangat kasihkan kamu ya rasulullah saw,
Ya Rasulullah, aku hanya perempuan,,,,
yang engkau lihat banyak di dalam neraka....aku jadi takut ya Rasulullah saw
aku takut sangat dengan khabarmu itu,
sebab di dalam cerita hadismu... banyak perilaku ku yang kau khabarkan ada seperti ahli nerakamu itu,

aku takut ya Rasyulullah...takut sgt sangat....
Ya Rasulullah , ku mohon syafaat mu ya rasul kareem,
Ya Rasulullah, ku mohon sangat sangat syafaat mu di hari Kiamat kelak, di padang Masyar kelak,
aku tidak tahu adakah engkau akan lihat dan pandang diriku... aku rasa sendiri, bahawa diriku bagaikan kuman di seberang lautan, mana mungkin ya Rasulullah , aku akan dilihat olehmu...
aku takut... aku sedih nii ya Rasulullah.... aku sangat bimbang nii... air mataku mengalir nii..
hatiku jadi luluh nii..... Ya Rasulullah.... tolonglah daku nanti DI SANA!!!! dunia akhirat yang padat dengan manusia yang membawa dosa dosa yang direka sendiri oleh kita semasa hayat..
ya Rasulullah.... aku cintakan kamu ya Rasulullah..
Jika hari ini kau ada.... aku pasti merujuk perangaiku ini akan masuk syurga atau tidak...
aku akan buat macam abu darda' ...minta Allah jawab terus bahawa dosaku telah diampunkan oleh Allah..... barulah aku boleh bernafas semula dengan lega.....
namun mana mungkin!!!
aku bukan sesiapapun.....
aku bukan insan yg warak sujud beribadat 1000 rakaat setiap malam seperti Rabiatu adawiyah..
aku perempuan yang ampuh....tolong lah ya Rasulullah saw...
tolong Doakan untuk aku menjadi wanita hebat dan kuat 
Tolong ya Rasulullah doakan aku agar menjadi insan yang muhsin...
Tolong ya Rasulullah , berilah daku syafaatmu di hari kiamat kelak
Aku mahu masuk syurga bersama mu..ya Rasulullah saw
Aku mahu melihat Allah sebagai mukmin di syurga kelak....
Tolong doakan aku juga ya..ya Rasulullah!!
Allahum Solli Ala Syaiyidina Muhammad Wa Ala Ali Muhammad..
Sollu  Alaihi....

Takbir!!! Allahu Akbar.