Monday 31 August 2009

Nur Mutiara - At Taubah - Free MP3 Stream on IMEEM Music

Nur Mutiara - At Taubah - Free MP3 Stream on IMEEM Music

YouTube - Nasyid - Al' irs Yad (Doa Taubat)

YouTube - Nasyid - Al' irs Yad (Doa Taubat)

jahit baju raya

Tahun nii,  my self berazam nak jahit sendiri baju raya anak-anak dara kami seramai 4 orang. Kalau  dapat siapkan , kira kuat semangat jugalah. Tapi memang ye... balik masjid subuh tadi, tak boleh tidur sebab kain baju raya anak2 tak jahit lagi. Alhamdulillah, pagi ni boleh siapkan sepasang baju kurung pahang.  Nak tengok............ boleh. Ini Aisyah punya. Orang lain seme tidur jeee,   sampai jam 10.00 pagi. Tapi hatiku tak cemburupun. Janji aku ada kerja yang boleh dibuat, tak dalah rasa boring""""  .Yang paling aku rasa bahagia, baru belajar buat baju kurung dua minggu lepas. InsyaAllah, aku cuba buat-buat pandailah juga. Kata pepatah alah bisa tegal biasa. Lama-lama kan pandai juga, ya tak? Pokok pangkalnya mesti banyak bersabar dan berhati mulia, InsyaAllah semua jadi.

Wednesday 26 August 2009

Sulaman Kain Telekung Che Zaharah- rakan kesayanganku

Haaa.... nak tengok sulaman telekung terbaru disiapkan? Ini rekaan sendirilah. Inilah sebahagian hobiku. Ada masa , ada saja kerja menjahit nak dibuat. Telekung ni khas untuk sahabatku yang telah bertukar ke Seremban, iaitu Che Zaharah. Katanya nak pakai untuk hari raya nanti.  Harapanku agar mereka berpuas hati dengan sulaman yang dihasilkan. Tapi kalau ada komen tuuu, jangan lupa atau malu nak bagitau yaaa.... kerana tanpa komen , siapalah kita ! Konon-konon untuk upgrade kualiti sulamanlah!!!!!!!!!!!!!!!!!!.   Jangan pula rasa segan rakan-rakan ya! Kalau ada yang nak tempah tuuu, boleh aje. Tapi tukang jahit sulam niii agak lambat sikit, maklumlah banyak kerja nak buat.

Kelas Tadarrus al Quran Sempena Ramadhan 09 di surau IPD Kuantan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mengizinkan hati dan kakiku untuk melangkahkan ke surau IPD Kuantan  mengerjakan sedikit ketaatan terhadap Penciptaku yang Maha Agong. Kami ada 3 kumpulan tadarrus yang dipimpin oleh 3 orang ustaz. Setakat nii, dah 10 juz telah habis ditadarruskan. Walaupun kumpulan kami tak ramai sangat, namun sikap tekun dan kesungguhan rakan rakan bertadarrus menyebabkan saya rasa sungguh terharu. Naqib kami ustaz seramai 3 orang. Mereka setia dan tekun menegur bacaan kami.  Naqibku, ustaz Sufian, kami sangat senang bertadarrus dengannya. Sikapnya yang mudah, menyebabkan rakan-rakan yang kurang mahir mengaji al Quran pun sanggup turun bertadarrus.

InsyaAllah, malam niii ada morey. Gulai kawah sekor lembu. Lumayan bbeb makan berbuka puasa. Inilah gelagat rakan bertadarrus dan makan berbuka puasa.  Selamat berbuka............. jangan lupa baca doa berbuka dulu, baca Bismillah dan niat sekali untuk puasa esok hari.