Thursday 27 December 2012

UJIAN ALLAH ..banjir..!! UJIAN KERAJAAN BN - tabur Duit RM1 Malaysia...

Syukur kehadrat Allah SWT, kerana banjir menyedarkan aku betapa besarnya kekuasaan Allah SWT yang perlu kita rasa dan hayati. Musnah harta kita tak sama dengan musnahnya rasa cinta taat kita kepada Allah. Hari ini kita tangisi harta kita yg rosak, duk kira banyak mana yg rosak, duk rayu bantuan sana sini, mohon dengan kerajaan bantuan banjir sehingga ada yg sanggup MENIPU DIRI SENDIRI... walaupun rumah tak banjir mana, sanggup pergi ke pusat pendaftaran banjir semata mata mahu memperolehi Tikar sebidang, selimut dan  nasi free...masayaAllah... musnahnya kemanisaan KEMANUSIAAN..

 
Dalam pada itu, saya Terfikir di satu sudut lagi,... agakNya ini UJIAN untuk kerajaan sekarang yang sebelum banjir berlaku tabur sana sini Wang  bantuan Rakyat 1 Malaysia, yg kadang2 pada pandangan saya sesuatu yg kurang manis dan kurang bijak dalam pengurusan pentadbiran. Ini pendapat saya... saya tdk mahu menyalahkan sesiapapun, hanya  sekadar Muhasabah mungkin... !!!, Ada yang layak pergi juga ambil, ada yg sesama kroninya mengambil kesempatan (siapa tahu kan!!!, namanya manusia...!!)..  bagi kepada anak pinaknya sahaja, padahal yg layak kerana berlainan pahaman politik sekadar lalu sahaja,,, jelingpun tidak. Ini memang berlaku, ... tak percaya ke??/ Saling tuduh menuduh itu macam normal dalam dunia kini yg dahagakan PUJIan dan mahu diangkat ke langit. Manakan bisa, ke langit itu milik siapa.. kita tersungkur ke bumi akhirnya.  sedangkan kita diminta menjaga Lidah daripada fitnah dan mengadu domba. Dalam dunia kini, yg haram dijadikan Halal semata mata untuk mempertahankan kononnya dia betul dan yg sana salah.Semua pihak seolah olah macam itu.  aku tak mahu tertipu pd semua itu.., aku bosan dunia hari ini yg tidak suci lagi..

Berapa banyak Wang lagi yang perlu ditabur jika Banjir yang melanda kini agak luar biasa gejalanya..., rumah habis tenggelam, kereta hanyut, makanan terpaksa diagih, Wang terpaksa dikeluarkan lagi bagi menampong keperluan, bantuan "RM Malaysia", agaknya kalau dulu wang tidak ditabur tabur boleh juga berhemat dan bercermat semasa musibah banjir..., nak kira berbelanja secara berhemah dan bersederhana. katakan..., takpa lah!!,,, TABUR JE LAH wang tuuu, kepada magsa musibah banjir. Kalau tak, nanti dituduh kerajaan tak bertanggungjawab pula. Susah nak raih PRU 13. semua kena kira..,  kan sukar jadinya. tetapi baguslah juga semua pihak turun padang melihat musibah banjir kini. Tahniah kpd semua!!!, tetapi mahu juga diingatkan bantuan yg dihulur mesti dituai dengan pahala amal ibadat...itu perlu dijaga dan dipelajari betul- betul, jika tidak sia sia hidup berbakti, akhirnya merana diri, kosong pahala di sisi Illahi..