Sunday 27 September 2009

Beraya di rumah Menteri Besar Terengganu-Dato Mat Said


Hari ni sabtu 26/9/09 malas nak masak/.... takde ke rumah terbuka raya?... ooops tengahari jam 11pg mak nah dah siap nak g makan rumah MB Ganu Kite.. wow bwst gok sbb tak payah masuk dapo janji perut kenyang... sape taknak makan... jom kite pakat G umoh MB yang bapok gong... macang macang  ADE, tupat dan rendam  heh he he... , tape .. leman Kija,  Sate mamat , ais kering.....JELI DACING SIAP GAMBO MB SEKALI...( PRODUK BARU ganu kite)...., nasi minyok, nasi Dagan...he he.. he..,  mewoh..mewoh makang raya, air cendol, abc , air bandung dan sirap. Kita jalo kenyang weh...   Kawe sronok bena tengok jirang kat rumah ganu tmn cendering utama ada lake seme, Hok dok nampok geng  Rosul Kuala Berang.. ngajuk ke... ataupun tak dijeput ... ataupun kita tak dang jupe sorilah ya! tapi dok nampaklah. MB senyum sokmo senyum raya... t.sh anok2 seme dapat duit raya.... bila MB nak siap rumah dan Duk situ ? Menteri bahagian royak-royak berita  RTM1 PUNG ada..... siap di temubual lagi weh... bangge kawe.
ini dalam rumah MB Ganu kite kat Telok Kalong Kemaman... gah berdiri depan Open Univ TATI.
ini JELI KEMPEN
Sebenarnya lame dooh kita nak g jengok umoh MB tapi takdok sebab, kate orang nii lah peluang nya kan. Kalu kire, lalu depan rumah MB acap kali doh.... jadi pada kawan di luar sana yang nak lihat senario rumah MB ginilah GAHnya. Kira2 habis lima tahun jadi MB, siaplah rumah tuu.  Kalu rumah tuu biar je takdok orang duduk, takut gok hantu bukit telok kalong wak sarang.... susah nak jampi. Payah pulak nak cari bomoh siam.  Ini bukan lawatan raya politik, tapi menyahut seruan silaturrahim. Ruang tamu macang ruang hotel, tangga lok macang tangga crite hindustan.... cuma takdok shah rukh khan je golek2 atas tuuu.  Jangan marah yeee, kita gurau je. Semoga murah rezeki, tahun depan leh g lagi.

sAMBUTAN Aidil Fitri 1430Hijrah/2009


Alhamdulillah setelah selesai sebulan berpuasa, kami sempat diberi Allah menyambut hari yang mulia di bulan Syawal ini. Kami masak nasi minyak, rendang daging, ketupat dan tapai mesti ada setiap lebaran,  dan yang paling seronoknya berkumpul ahli keluarga. Inilah sebahagian ahli keluarga tercinta... mak bonda, dan adik beradik anakdan saya niii dah bercucu.......   panggilannya "Tok Teh "....


Mek nampak letih...sempat berehat di ruang tamu rumah pak long di lot 144.
Hari raya tahun ni kita jadi tuan rumah,,, pak long raya di Batu pahat, jak raya di Pulau Manis K.trg, Ruzi raya di Kedah, ok tak ada dia di Kuala Lumpur.... sunyi gaklah kiranya... tapi suasana kembali seronok dan ceria pada hari raya ke tiga.  Semua dah pulang ke kampung dan berkumpul. Petang raya ke tiga kami berkampung di Legend, Cerating selama 3 hari sampai Jumaat tghari kami cek out.... sempatlah mandi kolam dan lepak di pantai Cerating.

Malam Sabtu, 26/9/09, p.long buat tahlil Yassin dan solat Hajat naik rumah barunya di lot 144, kemaman. Makan malam dengan bakar ikan......sotong dan menu nasi goreng spesial mak jak. Cef import dari LA.

Saturday 12 September 2009

majlis Iftar Jamaei 2009 di SMK Paya Besar Kuantan

Alhamdulillah, selesailah majlis Iftar Jamaei. Sempat kami berbuka dengan buah kurma dan kuih. Selepas berbuka puasa, kami menunaikan solat Maghrib berjamaah diimamkan oleh al fadhil suami cg Sharifahfaridahhanim, sifu  ict  kita yang disegani. Pah ....(ini utk pah ya!), kak rasa teruja dengan suara, lahjah sebutan bacaan imam maghrib malam  ni. Memang bertuah sesiapa yang memiliki suami yang pandai mengaji al quran dengan baik, seperti suami pah niii ya!. Nampak gayanya kak han nak tempah teruslah untuk imamkan solat hajat perdana sempena peperiksaan pmr,spm dan stpm nanti.

Selepas itu pekena dengan gulai kawah Pak Manap. Memang menyelerakan gulai ikan masin, sambal belacan dan tembikai. Alhamdulillah, menyelerakan sungguh. Inilah dia masakan spesial pak manap.....
Inilah sebahagian tetamu majlis yang hadir... pelajar lkelas 3KAA dengan jubahnya pun hadir sama

Monday 7 September 2009

Tadarrus al Quran di Pekan Pahang bersama Datin Rosmah isteri PM

6hb Sept 09, farhanah ganti tempatku ke bandar Pekan  wakil PERKEP IPD kuantan bertadarrus al Quran di sana . Ingatkan ke balai Pekan dengan  member2 di sana.... terperanjat juga lah, rupanya  Datin Rosmah, isteri PM kitapun ada dalam majlis tersebut. Grand betul kak long rasa.  Siap karpet merah. Rupanya majlis tadarrus tu di adakan di Dewan serba permai di Pekan dihadiri oleh dif-dif kenamaan. Ada ucapan-ucapan pemimpin dan ceramah dari ustaz lagi. Inilah sebahagian dari rakaman yang elok dapat di kongsi bersama rakan-rakan semua.

Tuesday 1 September 2009

Melukis merdeka Day- sempena hari kemedekaan ke 52- kelas 1 Cekal

Alhamdulillah, hari ni adalah hari pertama ke sekolah sempena bulan Ramadhan 1430H/2009. Pelajar kelas 1 Cekal nampak moyok jeee,,, almaklum lapar dan dahaga letih menyahut seruan berpuasa Ramadhan. Kesian juga melihat mereka. Tapi takpa, berpuasa bukan bermakna kita lemah.  lihat gelagat mereka melukis .... janji rajin buat kerja kira oklah/ selamat menyambut Hari Merdeka ke 52 tahun