Wednesday 11 September 2013

ANAKANDA ATHIRAH UPSR 2013

Bengkel Motivasi UPSR di Amansari tjg api
Alhamdulillah,...semua  sudahh ditentukan Illahi.. sampai masa dan saatnya Anakandaku Siti Nur Athirah, menduduki ujian UPSR 2013 pada 9hb September - 11 sept 2013.  Mulai petang asar kami dua beranak selepas solat asar membaca surah Yassin ,tahlil dan doa memeohon panduan daripada Allah taala. Kemudian malamnya bersama suamiku, kami anak beranak solat berjamaah maghrib terus menunaikan solat Hajat untuk Athirah.. Alhamdulillah, syukurnya rasa dan lega hati ini dapat mengadu dan meminta kepada Yang maha Kuasa... pagi 9hb... ku ambil peluang hadiri waktu pagi ke sekolah nya... ustaz membacakan doa khusus untuk melangkah masuk dewan peperiksaan.....hari selasa BM 1, BM 2 dan Matematik 2. Hari Rabu 10hb, kertas matematik 1 dan esok hari terakhir BI 1 dan 2 serta kertas Sains.  Semoga anakku diberi kefahaman para nabi dan ulamak, kecerdasan minda seperti Imam dan Ulamak,  ketabahan dan kekuatan seperti rasul ulul azmi,.. ya Allah bantulah anakku menjadi innsan cemerlang dunia dan akhirat. Jadikanlah anakku seorang anak solehah, berakhlak mulia seperti Fatimah az zahrah, bijak seperti saidatina Aisyah r.a., serta berjiwa pendakwah seperti Rabiatul Adawiyah... semoga memperolehi 5A wahai anakku sayang.....
beratur dan doa sebelum masuk dewan peperiksaan sksa
Sukan Tahunan Sekolah 2013 di UIA Ktn
                     

Monday 9 September 2013

Semua Huru hara..... landskap pelajar yang hilang arah???!!

Huru hara... hari Jumaat 6/9/13 ,  hari pelaporan pelajar PMR tingkatan 3... pagi pagi pihak pentadbiran mengajak semua calon PMR menunaikan solat hajat DI SURAU, manakala pelajar tingkatan 1,2, dan 4, 6 membaca Yassin ddewan terbuka. Pelajar tingkatan 5 sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM di Dewan Multaqa.Pelajar kita perlu bersedia menghadapi peperiksaan PMR dengan memohon  pertolongan Allah agar mereka diberi taufik dan hidayah dan mudah mudahan mendapat keputusan peperiksaan terbaik. Setelah selesai, dalam jam 9.30 pagi , ibu bapa mulai hadir ke sekolah bertandang dan berbincang soal pelajaran anak anak mereka dengan guru mata pelajaran dan kelas masing masing,  ....   setelah semua habis, pembelajaran tamat 12.00 tengahari.....
boleh cemerlang kee kalau dah lintuk selalu dalam kelas
                    Setelah tamat waktu persekolahan pengawal sekolah akan memulakan tugas mengunci semua gril yang digunakan pelajar untuk naik ke blok bangunan kelas... biasalah..tugas rutin,....tup tup...ada satu pasangan PMR sedang bercouple di dalam kelas.....  ya Allah, siap buka kain... si dara, si teruna diberi peluang untuk menguji dan membuat experiment.. TUP!! kantoi... ditangkap khalwat... dipanggil ibu bapa dan berbincang,,,,lalu dibuat keputusan segera digantung persekolahan selama 2 minggu....    !!!
                    Lagi dua minggu nak pereksa PMR!!...  jadi mereka kena balik rumah dan tiada lagi P & P. Walhal mereka calon  PMR yang GALUS (gagal lulus..!!)  sure lepas nii keputusan pereksa akan merosot, Peratus pencapaian  akan terjejas. Semua matapelajaran akan menanggung akibatnya...semua guru akan rungsing ini terjadi. Andai kata mereka tidak hadir PMR, bagus juga ...sekurangnya selamat peratusan gagal...   tetapi dari satu segi ke mana mereka selepas  berumur  15 tahun tanpa ada sijil dan akademik!! Kelompok anak melayu yang ini kelak kalau tak kena cara akan terheret kepada gejala sosial, suasana sosio ekonomi yang rendah...dan akhirnya menyusahkan semua pehak... SEMUA HURU HARA!!!

Kalau ditanya... aapa punca nya?? semua akan berbincang dan memberi pandangan yang berbagai bagai, namun makin hari suasana semakin teruk. Punca sebenarnya, semua pihak mengabaikan agama didikan iman dan taqwa, takut sangat pada imej Islam dan dakwah, sukar sungguh nak bercakap benar pada hari ini kerana ramai suungguh yang bijak pandai memberi pandangan yang tidak mendaulatkan syariat Illahi sebagai undang2 teratas sekali.. akibatnya... semua pihak akan menerima musibah tanpa henti. Kita sama seperti di barat, bila perang berlaku ramai orang Islam dibunuh sesuka hati, ramai pihak duduk berbincang, isu itu  dan isu ini...macam macam idea dilontar,  Namun  Islam tetap ditindas, walaupun negaraku Malaysia sudah 56 tahun merdeka namun tiada apa yang merdeka lagi.... penjahajan terbelenggu dileher pemimpin Malaysia.. muka melayu, tapi takut bila ambil berat isu agama Islam...
Ayuhlah semua pihakm  lihat Islam secara adil dan telus...jangan pedulikan yang lain lagi...marilah tegakkan secara berhemah di bumi tersayang..