Saturday 12 September 2009

majlis Iftar Jamaei 2009 di SMK Paya Besar Kuantan

Alhamdulillah, selesailah majlis Iftar Jamaei. Sempat kami berbuka dengan buah kurma dan kuih. Selepas berbuka puasa, kami menunaikan solat Maghrib berjamaah diimamkan oleh al fadhil suami cg Sharifahfaridahhanim, sifu  ict  kita yang disegani. Pah ....(ini utk pah ya!), kak rasa teruja dengan suara, lahjah sebutan bacaan imam maghrib malam  ni. Memang bertuah sesiapa yang memiliki suami yang pandai mengaji al quran dengan baik, seperti suami pah niii ya!. Nampak gayanya kak han nak tempah teruslah untuk imamkan solat hajat perdana sempena peperiksaan pmr,spm dan stpm nanti.

Selepas itu pekena dengan gulai kawah Pak Manap. Memang menyelerakan gulai ikan masin, sambal belacan dan tembikai. Alhamdulillah, menyelerakan sungguh. Inilah dia masakan spesial pak manap.....
Inilah sebahagian tetamu majlis yang hadir... pelajar lkelas 3KAA dengan jubahnya pun hadir sama