Sunday 16 March 2014

KURSUS SIMULASI HAJI MAC 2014

Tiada perkataan yang dapat dititirkan kecuali ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRAT ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA Penyayang., Di tangan Engkaulah segala Qudrat dan Iradatnya, Maha Suci Engkau daripada segala kekurangan.    akhirnya Allah Taala telah mengkabulkan juga hajatku untuk menjadikan kursus simulasi Haji  suatu kenyataan.  Teringat sewaktu mengerjakan umrah, aku terasa sungguh bagai mahu terus terbang ke bumi Kaabah, melaksanakan ibadah Haji pada tahun 2014. Tidak sabar sama sekali menanti saat dan ketikanya aku dijemput sebagai tetamu yang Maha Agong.

Bermula jam 8.00 pagi, hari Jumaat setelah selesai majlis  bacaan Yassin, semua pelajar tingkatan 4 dan 5 berkumpul di dewan terbuka untuk mendengar taklimat sejarah Haji, seterusnya syarat dan rukun Haji. Pada jam 9.00 pagi, diadakan praktikal memakai pakaian Ihram serta berniat haji. 9.20 pagi pelajar rehat.

pagi yang ceria..

seronok mendengar taklimat
sebahagian pelajar t4 & t5
salin.... tanya..!!

Nah.. mencuba pakai ihram....pak Haji!!

seronok...
 Selepas rehat, masing masing menukar baju sekolah dengan memakai ihram ...
hah...ini tempat melontar !!baling dalam nii..
Pesawat membawa para jemaah semua bertolak jam 10.00 pagi ke padang arafah. semua exited sambil menyebut lafaz LAB BAI KALLAHUM MALAB BAIK...LABBAIKA LA SYARI KALA KALA BAIK... INNAL HAMDA WAN NIK MATA LAKA WAL MULK...LA SYARIIKALAK..
Ct Hajar dan Maisarah...
tempat memulakan tawaf..

mencuba melontar...


tengok lampu hijau...penjuru hajarul Aswad!!


nii...jam 11.30 pagi, macam di mekah, panas!!
sedang tawaf..
berada di Muzdalifah!


di Mina 10 Zulhijjah

Bkt Marwah, pusingan akhir Saei

Panas... 12.15 tghari.. saei..

Laluan Bukit Safa dan Marwah 
Niii, Shafiq tolak memebr karib, real Haji..

Mira, Aisyah ,Fifi and the Geng
Mereka merungut letih dan kepanasan....... hah... itulah dia realitinya ibadat Haji yang memerlukan tenaga dan kekuatan untuk menunaikan segala rukun dan wajib hajinya...
Tahniah, kepada Ustaz dan semua yang berkerjasama membantu kami melaksanakan program dengan jayanya.. Syukur ya Allah. Terima lah kami sebagai tetamu Mu ya Allah kelak... amin...