Thursday 22 November 2012

Mantapkan Solat Agar Kita Tenang.

Alhamdulillah, sudah 2 minggu masuk  bulan hijrah 1434H. Di kesempatan cuti sekolah, aku  mahu rasanya menilai semula amalan solat yang telah sekian usia dilakukan. Namun memang amat perlu dipertingkatkan lagi. Khusyuknya sukar dicapai lagi sehingga kini, bacaannya susah betul nak lahjah Arabi,, bacaan sujud dan rukuk kadang kala sempurna kadang kala tak sempurna. Begitu juga bacaan surah surah selepas bacaan al Fatihah...   Syukur sungguh.. setelah mengemas rumah ,  .......""" terjumpa sekeping kertas yang dihadiahkan oleh seorang rakan 2 tahun dahulu (2010).  Bertuah sungguh rasanya, nasib baik jumpa... lalu aku baiki dan buat semula kerana kertas itu telah koyak... bacaan surah selepas solat fardhu 5 waktu.  Ku  mahu kongsi dengan semua  yang mahu mempertingkatkan  Amalan  bacaan surah surah dalam Solat Fardhu. Susah nak cari dan dapat bahan begini kerana kawan saya tuu seorang Imam di surau dan masjid. Terima kasih banyak ustaz Zul ... kerana telah memberi bahan yang amat bermakna buatku. Jazakallah.. 


...." PESAN PADA HATI, JIKA SUDAH PILIH UNTUK BERUBAH.., JANGAN CEPAT REBAH.."
...jIKA Cinta pada Allah begitu kuat, usaha untuk menghafal surah begitu mudah...""  selamat beramal."' norihan ahamed.












































Monday 5 November 2012

Homestay Area Kemaman

HOME STAY di bandar Chukai, Kemaman

7606, Bandar baru Bukit Mentok, Jalan Alamanda 5, Chukai KemamanTerengganu

Alhamdulillah,  kami mengalu alukan kehadiran semua ke bandar Chukai, Kemaman. Jika anda memerlukan tempat tinggal sementara,kami ada menyediakan Home Stay / Rumah Tamu khas untuk muslim sahaja. Jenis rumah ialah rumah teres.

Antara kemudahan yang disediakan:


1) 2 bilik tidur: Setiap bilik dilengkapi dengan selimut, tuala dan sejadah .
- Bilik 1 (1 katil Queen) dan almari baju
- Bilik 2 ( katil Queen) dan alamari baju
- 1 bilik air
- 1 tandas
2) Peralatan yang disedia: TV, kipas syiling, seterika, peti sejuk, cerek air elektrik, peralatan makan dan minum (kopi dan tea disediakan), gula dan  garam.     
3) Perabot yang disediakan: Katil Queen, almari baju, set sofa L, meja makan.
4).  Kos sehari semalam - RM150.00 sahaja. Jika tinggal lebih 2 hari kos akan  dirunding .... 
-----------------------------------------
*Peralatan memasak akan disediakan  jika diperlukan. Kos  sebanyak RM10 dikenakan terhadap penggunaan periuk nasi elektrik, periuk biasa,  dapor, kuali , gas dan senduk dan sudip. 

Lokasi berhampiran

1) 5 minit ke Bandar Chukai, Kemaman
2) Berdekatan dengan Taman Rekreasi dan Mini Zoo  Bukit Mentok
3) 5 minit ke Hospital Kemaman
4) 30 minit ke Mesra Mall ,Kemasek Kemaman
5) 30 minit ke Giant, Kijal Kemaman
6) Berhampiran dengan pejabat Majlis Perbandaran Kemaman
7). Laluan alternatif dari Kuantan ke Kuala Terengganu
8). 15 minit ke Kuala Kemaman, tempat Sata sedap  dan Keropok tersohor
view ...VIEW ...