Tuesday 30 April 2013

PEMIKIRAN YANG TIDAK MAHU BERUBAH.. kerana terlena dek kekayaan yang meruah limpah dan zon selesa..


Alhamdulillah... tahun 2013m melihat panorama politik terkini agak baru dan agak menarik.  Ramai yang cuba menonjol idea sendiri melalui Fb , Twitter dan pelbagai lapangan.  Di sekolah pun sama .. pelajar yang tidak Layak Mengundipun,... asyik duk cakap soal politik.  Nak Mengajarpun sakit kepala.. duk layan kerenah politik kanak2 mereka... tapi matang juga!! kecil2 dah sangkut kalimah Ulamak!!, respek   !!. Kita kutuk PAS ada murid cakap kita nak ikut sape, berdosa tak ikut ulamak... ke mana arah kita sebenarnya, nasihat pelajar pada kita. Kita sokong UMNO, ada yang terus kutuk ulamak PAS... macam2 pun, apa nak kata masanya tentang pilihanraya!!. 
Tapi aku cukup letih , sedih, bimbang, rungsing ramai yang melihat DUIT yang ditabur sebagai satu keperluan dan kehendak naluri yang perlu dikejar sehingga patut dipertahankan UMNO. Aku rungsing kalau begini cara kerajaan buat sekarang menjadikan rakyat secara tak langsung bersifat Kebendaan dan Merebut Duit. Bukan mereka sayang UMNO kerana melihat akar pemimpinnya kuat, hebat, berketerampilan, unggul...  tetapi mereka tidak mahu nanti PAS memerintah, mereka tak dapat duit tuuu, bantuan rakyat 1 Malaysia....   bahaya nii!!!!!!

Sebagai rakyat, tidak wajjar begini hasilnya..  nanti kit asambung semula...............................oops ada kerja jap!!







Sunday 14 April 2013

ASB HARAM .... isu sensitif atau isu Syar ie..mana perlu dipatuhi??? as a Mukmin..

Alhamdulillah, minggu lepas daku ke pejabat Zakat Pahang menjelaskan zakat wang simpanan. Ada lah sket jee, tak banyakpun. Kemudian, setelah berakad, ada satu lagi yg belum ditunaikan iaitu wang simpanan ASB yang ada. Sebelum tuu , ku tanya pegawai zakat tuu "" Encik, cubalah cakap ikhlas dari hati, jangan sedikitpun berselindung... sebab kak ada dengar ASB haram. Tetapi kak ada simpan wang asb sebab ada kata ia HARUS dalam Islam.
Tanpa menjawab..... dia bangun dan tunjukkan aku sekeping surat RESMI daripada Majlis Fatwa Negeri Pahang bersidang 16 - 17 Jun 2008, memutuskan bahawa pelaburan Amanah saham Bumiputera  dan Dividen  adalah DIHARAMKAN kerana tidak mengikut pelaboran yang ditetapkan oleh hukum syarak.  Surat itu daripada Majlis Fatwa kepada Pejabat zakat Negeri Pahang.
Wooow.... terkedu tanpa kata...""""!!! tersenyap daku , kelu lidah!! Ya
Allah, apa ku dah buat nii, simpanan ku haram? kesudahan aku mati esok takkan lepas aku..... Ya Allah syukur sungguh kepadaMu, kerana Engkau memilih daku untuk menerima Rahmat dan Hidayah Ini.... Aku bersyukur, masa ku masih lagi sempat bertaubat!!.  Jadi akupun simpan saaja niat nak bayar zakat. Stop di  situ. Lalu ku bertanya" bagaimana yg perlu ku buat?? Katanya, bawa buku akaun ASB? ada. dia lihat dan kira. Katanya simpanan kita tuu boleh dibayar zakat kira 2.5% daripadanya. tetapi duit pendapan ASB dan Bonus tuu haram dimakan. Bagilah pejabat Wakaf uruskan untuk keperluan dan kepentingan orang ramai..... Nah itu dia,,,,, bukan niat ku untuk tuding jari kepada sesiapapun. Sebab Arak haram jelas dalam Quran pun ada orang beli dan minum juga. Begitu juaga Rokok fatwa kata haram, Pak Imam Masjid Besar pun merokok juga . Itu ahli ibadah tuu..  Yang inipun sama, katakan pada diri kalau ulamak kata haram, kita kata ada pendapat kata HARUS  mmmm tak palah... terserah masing masing. Ini tak paksa nak percaya...  kalau kita minta doa selalu .."Ya Allah, hambamu kerdil sungguh, mengharapkan JannahMu yang jauh lebih Indah dan Tidak terbayang kagumnya kehebatannya, apalah kira kita tinggalkan ituu kerana urusan Allah, sudah tentu kita mendapat Rahmat Allah. Ini simple, atau asas AQIDAH dan bukti AMALInya dalam perlaksanaan akhlak.  So ku sebarkan nii , jangan ada yg manipulasi. Berdosa. Ia bukan untuk menghukum sesiapapun. Bukan kita nak hukumkan orang. Tetapi ia adalah sekadar REMIND Dosa dan Pahala.  We Luv U all muslim...mukmin, muhsin, muttaqin dan muqarrabin...