Sunday 10 July 2011

Buah Tat untuk Hantaran kahwin...















Membuat tat buah berbagai jenis untuk hantaran kahwin juga idea yg bagus sebagai buah tangan.  Ia cantik dipandang, juga sedap dimakan.  Tapi nak menyiapkannya... alamat rumitnya dan perlu kesabaran dan sikap rajin dan teliti. Terutama semasa membentuk  seperti buah dan proses untuk mewarnakannya.  Nak boleh ke siap, dan nampak cantik berkilat... bakar dalam oven sampai 3 kali barulah ok!!  ambil masa agak lama juga lah...   nak lihat sebahagian hasilnya ... boleh!!! terliur dibuatnya..  tapi yang pentingnya boleh makan dari hasil tangan sendiri memang berbaloi... selamat mencuba yg di luar sana!

OPS TIRAM




OPS TIRAM - dilancarkan pada 20hb Jun 2011, pihak Bina Insan telah menjemput pihak Badan kebajikan masyarakat Kuantan menyeampaikan ceramah tentang kes2 gejala sosial di kalangan remaja di malaysia.  Kami namakan OPS TIRAM-  kerana proram ini khas untuk perempuan sahaja. Kami ibaratkan pelajar perempuan seperti tiram, bila ada yang cuba dekati, rasa terganggu dan di sentuh terus dan cepat2 menutup dengan cengkeramnya agar dirinya selamat. Cengkerang  tuuu tebal dan tak bisa di buka jika tiada dengan izin tuannya. Haa itulah ibarat pelajar perempuan yg kami kahendaki. Namun apakan daya,  remaja perempuan kini sudah mulai membuka cengkerangnya kepada sesiapa sahaja yang menyentuhnya, membiarkan dirinya dan sedia menyerahkan dirinya padahal itu bukan masanya lagi...  sebab itu timbul gejala buang anak, mengandung luar nikah, lari ikut pakwe, ponteng sekolah, kena rogol , berpeleserann dan merayau di pasaraya... semua itu adalah kerana gejala keruntuhan akhlak dan tidak solat dan kurang menhamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya.
Sekurang2nya menyedarkan remaja bahawa mereka perlu berawas dalam kehidupan ini agar terhindar dari gejala buruk dalam diari kehidupan duniawi.    

Saturday 9 July 2011

sambutan isra mikraj di sekolah





 

Alhamdulillah, syukur lah remaja di sekolah ku sempat dan diberi keizinan ALLAH SWT  mendengar ceramah daripada al fadhil ustaz Shupian, pensyarah KIPSAS Kuantan. Kesimpulan ceramah itu, ada 3 isi penting yg sempat saya ambil iaitulah    (1).  Soal hati manusia-  perlu diberi perhatian dan jagaan sepenuhnya dengan cara yg syarei kerana dari hatilah punca segala hubungan dengan baik atau buruk sesama manusia terjalin. Dari hati juglah amal di dunia ini mampu dijana di akhirat kelak.   (2).  Soal ILMU, IMAN dan HIKMAH di kalangan umat Islam kini begitu rapuh  dan lemah sekali sehingga gejala keruntuhan akhlak, seks bebas, pelacuran dan berbagai lagi sudah menjadi perkara biasa bahkan tidak berkurangpun, seolah-olah remaja kini tidak tahu dosa dan pahala langsung.   (3).  Soal Solat  - sudah diabaikan oleh majoriti umat dan remaja Islam kini kini walhal ibadah ini dianugerahkan Allah kepada Rasulullah ketika baginda Mikraj ke langit.  Hebat betul dan besar betul peranan solat dalam erti sebuah kehidupan......

Namun remaja sekolah ku majoriti tidak bersolat!!! aku malu rasanya... nak bagitau  kepada  seluruh warga di Malaysia bahawa kita sebenarnya terlalu mengejae dunia.... tekankanlah dan lihat balik peranan PEMIMPIN  DI MALAYSIA... cuba serius lah tangani gejala ini... sebagaimana seriusnya perabih duit pada kemudahan Komputer di sekolah,  yang dah lama jangan dipandang mudah, jangan asyik kejar yang baru sedangkan itu belum tentu boleh memberi kesedaran dan kembali kepada Islam. Cubalah lihat perkara ini bukan lagi kecil, remeh temeh atau soal peribadi masing-masing!!!... tolonglah pemimpinkuuu, aku merayu pada kalian , jika pemimpin negara betul seius dengan isu ini tentu senang hati semua pihak, dan ramai di kalangan guru akan rasa gembira dan berbangga kepada semua pemimpin!!..   saya bukan berniat nak kata pemimpin tak ambil berat tetapi saya lebih gembira kalau mereka lebih serius dalam soal ini terutama anak2 orang Islam..  remaja sekolah hari ini ramai yg berzina, terlibat lumba haram, pergaulan bebas , malah berbagai gejala rambut dan fesyen dari budaya asing menjadi trend mereka kini... apa jadi kelak mereka ini ??  sumpah... kalau mereka ditegur, pasti bahana menimpa guru!! apa hal semua nii...

Dalam mikraj Rasulullah diperlihatkan ramai wanita di dalam neraka... ini bukan untuk merendahkan wanita, tidak,  tetapi saya sgt bersetuju bahawa wanita hari ini sangat dahsyat, kurang malu dan kurang jaga maruah diri... pelacuran, couple sana sini, goda lelaki dengan lunak suara dan pakaian seksi... saya tak faham mengapa di Malaysia . wanita Islam tak tahu ke semua itu adalah terlarang dalam Islam? Mereka tak tahu dan tak pernah dengar ke ajaran Islam kata aurat wajibb tutup?,  tak pernah diberitau oleh sesiapun semasa mereka hidup bahawa perempuan wajib jaga harga diri dan aurat?..  saya sgt2 tak faham lah, nanti di Akhirat mulut yg bijak berdebat dikunci Allah, maka jawablah anggota2 lain sebagai saksi, hah barulah kelu tak terkata!
Wahai sahabatku sejenis, kembalilah pada Allah dan Islam. Hayatilah Islam dengan berhikmah, jangan lupa jadi hamba Allah yg bersyukur terhadapNya. Kalau sanggup juga buat maksiat, janganlah tinggal di bumi ini kerana dunia ini milik Allah. Tak tau malu kita derhaka padanya padahal menumpang di bumi Allah.
Sama-sama ambil iktibar daripada peristiwa Isra dan Mikraj.