Tuesday 23 November 2010

KENANGAN 2010 ...

ANtara gambar kenangan yg sempat dirakamkan sesi 2010... mungkin juga tidak akan bertemu lagi selepas ini dalam situasi begini.. dikesempatan ini mohon maaflah ats segala keterlanjuran dan kelemahan diri ini agar semua yang mendatang ibarat kain putih bersih. Jauh di sudut hati ini aku tidak pernah rasa puas dengan apa yg telah aku buat, kerana ujian yang mendatang nampaknya makin berat dan sukar di atasi.
Dalam kegairahan mengejar kemajuan, nampaknya I-Phone menjadi senjata merbahaya kepada muda mudi Islam di sini. Aku sungguh takut ancaman Yahudi begitu pantas memintas masa..... lihatlah apa akan jadi pada remaja sekarang, pelajar2ku, anak muridku, anak2ku jua tak kurang menghadapi arus global yang bisa menghancurkan jati diri, memusnahkan akidah dan menghancurkan iman. Luluh tubuh badan umat Islam hari ini jika tak bertemankan al quran..