Minggu ke empat, bulan September- Majlis bacaan Yassin diadakan di dewan Terbuka. Betapa besarnya peranan guru untuk menjadikan pelajar memiliki jiwa yang murni dan memiliki nilai yang baik untuk diamalkan. Namun sepanjang majlis bacaan Yassin, sesetengah pelajar lelaki (kiranya ramai jugalah....) yang hanya mendengar sahaja tanpa sekelumitpun bibirnya mengikuti apa yang sedang dibaca beramai-beramai. Telinga seolah2 pekak, hati seakan mati dan mulut seakan bisu.. gitulah ayat kasar gambaran tentangnya. Tak tergerak ke hati mereka untuk mengikuti ayat ayat al quran yang dibaca? Cikgu tak tegur ke? 
Sebelum bacaan Yassin bermula, guru akan memberikan sedikit panduan ,nasihat dan tatacara adab dan cerita yang boleh dikongsi bersama sebagai pengajaran dan panduan. Namun, sesekali sungguh ku tak mengerti kenapa remaja hari ini semakin parah jiwanya?? Kosong rohaninya...dan semakin bercelaru pemikirannya..
Jika para pelajar nak beli air minuman, charity shop atau koperasi sekolah menjual air tersebut sebagai 
penerang hati. Maaf ya!...jangan silap pulak, kami tak jual air Yassin tapi jual air minuman (drinking water ) yang tudung botolnya dibuka semasa bacaan Yassin. harganya macam biasalah.... Alhamdulillah, sambutan dari pelajar amat menggalakkan. Daripada mereka beli air biasa baiklah beli air yang dibacakan yassin ....
Minggu pertama Oktober 2009 - majlis Solat Hajat Perdana sempena PMR, SPM dan STPM
inilah senario solat hajat....
Inilah antara contoh mengapa perlu Solat Hajat Perdana peringkat Negara...Negeri...Daerah..
.Kampong, ulu...hilir...timur..selatan..barat... malah semua Golongan...Menteri..Raja...pentadbir...
Pengarah..cikgu ..khas untuk Menangani masalahh akhlak remaja. Gambar ini menunjukkan seorang anak muridku tingkatan 5B- selesa baring di lantai bahagian luar surau sekolah..sedangkan aku sedang mengajar di dalamnya. Alasannya dia tak nak belajar...suasana ini dirakam selepas minggu solat hajat spm. Nak marah setakat mana sangat pada pelajar2 hari ni? Nak sedarkan bagaimana caranya? dah puas dah letih...dah hilang idea juga dibuatnya aku... nak meritkan mereka kemudian dibuang sekolah? Habis bila mereka di luar, masalah ini selesai ke ? ??? Hantar lah kepada kaunselor ? Nak tau ...betapa ramainya yang menghadapi masalah disiplin di sekolah hari ini sedangkan Kaunselor hanya 2 orang sahaja ( pelajar HAMpir 2 ribu) kalau anda jadi kaunselor...are you sure dapat handle ???? itulah....
Biskut raya yang dihidangkan..rasanya biskut timbang kilo...sebab cek memang kenal bebeno bentuk, warna dan hiasanya... beli anakpun tak suka makan... sori ye kelab stafff.... Tapi cek puji ajk dan pengerusinya rajin dan bertungkus lumus menghandle majlis.. tahniah! dan beg hadiahpun cantik... cek berkenan.... terima kasih banyak sekurangnya ada lah juga penyedap hati .... jgn mare yeeee