Tuesday 4 February 2014

Ceramah maulidur Rasul bertajuk "Wawasan Rasulullah saw untuk umatnya terutama zaman Mutaakhir..""

Alhamdulillah , kerja Allah memudahkan pengurusanku. Syukur sangat al Fadhil ustaz Awis  Qarni daripada Maahad Ribat Tahfiz al Quran Sg.Karang datang bertandang menghiburkan anak pelajar dengan nyayian lagu Qasidah dan ceramah. Terhibur kami dibuatnya.
Sambil itu juga satu Tabung kutipan sumbangan derma kilat kami lancarkan untuk disedekahkan untuk anak pelajar Maahad Tahfiz ustaz Awis Qarni. Sumbangan jariah daripada para pelajar  berjumlah RM560.00 manakala daripada para guru dan staff sebanyak  RM817.00 . Kesemua nya RM1377.00 diserahkan untuk kegunaan Ustaz Awis. Terima kasih kepada semua warga SMKPB yang murah hati lagi berbakti. Jazakumullahi khairan Kathiiraa..
Seleppas ceramah, kami buka ruang sesi soal jawab cuma dua soalan sahaja dibuka . Alhamdulillah pelajar kita sangat alert dengan perkembangan semasa....tahniah...!!
seronok mendengar

pelajar yang budiman

Baru tibaa..

Guru lelaki yang budiman..

Khusyuk dengar ceramah..

Ustaz Awis Qarni dan pelajar Tahfiznya..

Berqasidah...merdu suaranya

sesi soal jawab 
S
Penyerahan sumbangan guru, staff  dan pelajar

Kelas Bimbingan al Quran bagi Yang lemah ...

Syukur sangat kehadrat Illahi kerana ketentuannya kepada kami. Allah yang gerakkan dan Allah jua yang izinkan. Jika katanya " Kun Fa Yakuun..", maka inilah hasilnya. Kerja keras dan kuatku juga bukan daripadaku...namun segalanya adalah Allah yang Maha Kuasa mengerakkannya../
Alhamdulillah, minggu ke dua persekolahan bermula iaitu 10hb, 17hb dan 24hb iaitu hari Jumaat pada setiap pagi mulai jam 7.30 pagi sehingga jam 8.00 pagi, kami telah memilih pelajar lemah al Quran untuk mengaji semula al Quran. Seronok sungguh dapat membantu mereka mengaji al Quran. Semua ustaz dan ustazah ceria dan membantu dengan sepenuh hati.... mulia sungguh para sahabatku.....dan inilah hasilnya...mereka mengaji tanpa rasa jemu, tak sedar jam 8.00 pagi segingga ke dimaklumkan agar berhenti dan masuk semula ke kelas masing masing...!!
tingkatan 5 masih belum mahir baca al Quran

Ustazah Arifah menyusun fail pelajar

masing masing dengan kumpulan

tekun mengaji....

Alhamdulillah... mereka seronok mengaji

kumpulan tingkatan 5 Budiman.

Yang ini kumpulan 'ana' punya..

harzamei tak pernah ponteng lagi ..

setelah selesai..masuk kelas..jam 8.00 pagi
semoga mereka akan mahir al Quran dan menjadikan al Quran sebagai pegangan hidup untuk masa akan datang. Selamat maju jaya anak muridkuu....
Farhan, 5 Budiman.. 



CUTI SEKOLAH SEMPENA RAYA CINA 2014 SUDAH BERAKHIR.......


Bermula December, sibuk tak henti henti. Pergi temuduga sekolah anak sana dan sini... maklumlah baru habis upsr. Nak pilih sekolah mana nak pergi...akhirnya terjawab semuanya....sudah selesai!!.
Alhamdulillah.... cuti sekolah 28 Jan 2014 bermula dengan anak anak balik kampung... seronok mak bonda. Suasana rumah mula bising. Beg baju bersepah sana sini. Maka aku asyik masak jee di dapor... time ni lah mereka nak makan di rumah, lepas nii semua pulang. Tinggallah kami 4 orang di rumah.  Sempat bermalam rumah  nenek (mek) di kijal selama satu malam. siang harinya pak long balik  dan tido rumah angah. Kami sekeluarga ke rumah angah bersarapan pagi di sana.... tengahari nak balik semula. al Maklum ada kenduri kahwin jiran terdekat. Lagipun nak siapkan barang anak anak nak balik semula ke asrama masing masing. Inilah ruangan masa yang diizinkan Allah untuk kami sekeluarga. Kami sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya jua kami sempat bermesra dan mengeratkan silaturrahim . semoga mereka bakal membangunkan dunia hari esok dengan menerbitkan Sinar Iman dan Taqwa di kalangan generasi mereka kelak....
inti popia rumah angah
sedih athirah terpaksa pulang ke asrama 
boleh ke ...InsyaAllah!!

Athirah pulang ke IMTIAZ.... bye!!
berdebar menunggu temuduga


aja dan qilah sempena kakaknya kahwin 
kulit popiah rumah angah
Idham balik SBPI ... bye!!