Sunday 10 June 2012

Hinanya Si Kaya Jutawan...

Pada cuti sekolah  8hb Jun 2012, aku ada satu cerita menarik untuk di share dengan pembaca. Rasanya memang semacam suatu drama menarik  bersama pembaca berita TV3, Karam Singh Walia... tetapi pembaca berita ini tiada kena mengenapun di sini.  "
Majlis kenduri besar besaran oleh seorang Jutawan.  Kebetulan tanah milik ibu aku betul2 bersebelahan tanah dan rumah jutawan ini. Kalau sebut nama, tentu satu Malaysiapun kenal, maklumlah dulu bekas CEO Perwaja. Dalam perjalanan pulang  bercuti,  aku melalui Kg K dan ibu aku meminta aku berhenti di rumah sewa yang didiami oleh penyewa lebih kurang jam 5.00 petang.

pagar menunjukkan sempadan tanah kami
 dan dia . Tanah kami disodok
untuk majlis resepsi mereka.
sampah dihumban dalam tanah kami
Terkejutnya ya Allah, aku ingat ada orang nak buat bangunan di tanah ibu aku,  ada sebuah bangsal kayu konkrit besar didirikan dan beberapa LUBANG besar di gali dalam di atas tanah ibu aku.  Aku jadi terlupa nak ambil sewa rumah, kerana terlalu terkejut dengan suasana itu, aku terus meluru kepada beberapa orang  pekerja Indonesia yang ada di situ, sambil bertanya " apa yg mereka dah buat atas tanah mak aku, siapa yg beri izin guna tanah kami, dan mereka hubungi siapa untuk guna tanah kami ..."""   aku kata nak jumpa Dato' (sebab aku memang tahu dia punya rumah sebelah tanah mak aku),  peduli apa aku dia jutawan, menceroboh tanah orang sesuka hati, kurang ajar dan tidak bermoral orang kaya...""" lalu Indonesia itu menelefon seseorang agar menemui aku. Peduli apa aku dengan ketua dia..., aku terus masuk ke tanah Dato kurang asam tuu.... melalui tanah aku  ke kawasan rumah dia .....( pagar dirobohkan agar memudahkan pekerja2 dia mudah gi mari gi  mari ) ... lalu bodyguard datang back up jutawan...(kalau boleh jangan bagi jumpa dato'') .. seorang Mejar Bersara ,   menemuiku. Aku marah dan melenting, lalu bertanya siapa yg benarkan dia  guna tanah kita, mereka maklumkan pada siapa? ,  mereka kontek siapa? saya? mak saya?  ..., masing2 menjawab, mereka ingat kita telah diberitahu seblumnya, jadi aku memang patut marah, mana konterk dan perjanjian guna tanah dengan pemilik tanah? semua tiada... mentang2 kami orang kampong, dia ambik mudah dan pandang hina pada kami. Habis tanah disodok, dibersihkan  ditolak semak samun dengan jentolak dan Lubang besar dibuat menggunakan jentolak sangat dalam semata-mata untuk  mengisi sampah sampah dan bahan buangan atau sisa kekotoran di atas tanah mak kami.
Air longkang dialir  dalam tanah kami
Wow.... hebat lifestyle orang Berduit Melimpah Ruah yaa... "enteng" dengan semua perkara, mentang mentang dia jutawan, pekerja Indonesia ramai seramainya,  maka dia arah saha kuli-kuli asal dibayar gajii, maka semua kerja Beres.  Kotor cara hidup mereka. Kalau tanah orang kaya , kita buat pagar terambil I inci, pasti kena saman berjuta-juta, bawa lawyer robohkan dengan jentolak terus.... ini pulak mentang2 mak aku susah, orang kampong, dia guna tanah kita macam harta dia, tiada perjanjian dan bayar ke nak sewa ke , dah lah gitu, korek lubang guna jentolak  sampah sarap buang semua sisa semua atas tanah ibu aku...tanpa rasa sikitpun segan silu, atau hormatkan kami.. Tanah dia seincipun tak bagi kotor...........
Ini tanah kami yang diceroboh

Setelah bertegang leher, barulah aku diberitahu Majlis Walimatul Urus akan diadakan  besar besaran di kawasan rumahnya dua hari lagi. Orang kampung K dijemput untuk mengeratkan silaturrahim...., namun bila saya bertanya orang kampung itu, mereka tidak tahu menahupun. Sedangkan di tanah kami dijadikan tapak mengurus majlis resepsi mereka dan membuang segala sisa kekotoran. Hinanya kami ......rendahnya martabat kami, tidak ada harga dirinya kami....
Aku balik rumah , jumpa adik beradik dan bincang lalu mereka pergi melihat  sendiri keesokannya. Semua terkejut besar, tanah semak dulu jadi terang benderang.... ramai orang sedang membasuh memotong bahan untuk jamua esok hari.
Satu laporan polis dibuat pada petang itu juga, kami mengadu dan menunggu pegawai penyiasat sehingga jam 10.00 malam, setelah selesai pegawai penyiasat terus ke tempat kejadian bersama kami. Sampai di tanah kami.........terkejut besar kami, bangsal dirobohkan, semua peralatan  untuk persediaan majlis mereka telah TIADA LAGI di tanah kami. . Mereka telah mengalihkannya ke tanah si jutawan sebaik sahaja mereka tahu kami membuat laporan polis...... tutup bukti!... gila betul cara orang kaya.  Pekerja Indonesia dikerah 40- 50  orang malam itu, meroboh dan mengalihkan semuanya ke tanah mereka sendiri.....Lori bapok panjang sedang bekerja mengalih semua harta si jutawan.  Polis pergi untuk melihat bukti laporan,...sudah tiada lagi!!!.....  So, berlakulah kira bicara... wakil  Dato juga yg datang menadah telinga,  menjawab semua kata-kata  dan soalan daripada kami dan polis, manakala datok dan isterinya langsung TIDAK nampak batang hidung ke  tanah kami... jaga tittle kot...  bila aku tanya pada Mejar, kenapa dia perlu  jawab semua persoalan2 ini, sedangkan Dato ada... jawab nya Dato tak sihat, saya tanya sakit apa?, jawabnya...datok terseliuh, dia jatuh tangga......"""""""""!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!    Logik ke....... pandai cover BOSSS.... baguslah,   ini semua pasal DIUT dan PANGKat atau kekayaan,...semua jadi NAIF dan menurut nafsu.... so di sini saja saya mahu SHARE ;..   yang lain2... simpan separoh!
RUMUSAN YANG SAYA BUAT:-
1.   Aku benci orang yang bernama Jutawan yang naif budi, akhlak  dan moral.
2.   Aku kesian pada manusia yang lupa bahawa mereka tunduk pada kejahatan bukan kebenaran.
3.   Aku bersyukur kerana Allah jadikan diriku manusia yang sederhana dan kurang berharta.
4.   Aku takut pada hadis nabi yang mengatakan Orang Kaya Lambat Masuk syurga kerana Hisabnya
      lama...
5.   Aku menyimpulkan bahawa beginilah agaknya.. cara hidup dan budaya orang kaya dan jutawan.
6.  Aku  sedar manusia akan hilang pedoman apabila diduga dengan WANG ringgit dan kekayaan, namun
     aku bersyukur aku sedikit pun tidak tertarik dengan kekayaan dan duit mereka..
7.  Aku bersyukur kerana Allah mendorongku dan memberi aku  kekuatan untuk berdepan dengan manusia
     yang  hipokrit dan ego.
8.   Aku berdoa kepada ALLAH Taala agar suatu hari nanti si kaya ini akan memperoleh taufik dan hidayah
     daripada peristiwa ini.
9.  Aku teringat cerita KORUN yang tenggelam mati tertimbus dalam hartanya sendiri kerana bongkak dan
     angkuh.
10.  Hinanya manusia yang lupa bahawa dirinya adalah seorang 'hamba' sahaja, diberi pinjam sementara dan
       akan diambil semula oleh pemilik kekalnya Allah azza wa Jalla.
11.   lebih baik kita berbudi pada orang miskin kerana hati mereka bersih berbanding orang kaya banyak
        sangat  putar belitnya..
12.   Saya boleh bayangkan kalau beginilah cara orang kaya, betullah mereka boleh buat apa sahaja dengan duit mereka di dunia ini. Termasuk membuktikan mereka benar dalam apa jua keadaan dan suasana. Ini semua duit punya pasal... hancur dunia ini.
13.   Namun aku boleh senyum dan bertuah rasanya, kerana neraca Allah seadil adilnya. kelak di akhirat ke mana lagi nak lari yaa.... baiklah minta maaf dengan kamii ketika kami masih ada hayat di dunia ini....