Tuesday 20 April 2010

Gelagat Pelajar 4 Budiman Hari ini dan setiap Hari ..waktuku mengajar

Kekadang aku jadi mentel blok , bagaimana tips yang perlu ku buat lagi nak pastikan anak muridku belajar dengan tenang, seronok belajar, cinta akan ilmu , suka belajar dengan aku.... dan yang seumpamanyalah/..... aku betul betul tercabar hati, perasaan, pemikiran, jiwa dan ragaku.  Akuu dah guna pelbagai kaedah pengajaran... misalnya sentiasa guna power point waktu mengajar, selitkan dengan berbagai bahan media dunia hari ini agar anak muridku suka belajar , sentiasa bersikap terbuka dan turun padang bersikap dan mengikut corak hidup mereka, mengikut rentak kehidupan mereka agar mereka mahu belajar... tetapi aku rasa tertekan sungguh....  tak lekang urut dada... sikap anak muridku yang terlalu suka bercakap benda yang tidak ilmiah langsung, dek sikap orang yang suka lepak tepi jalan, rendahnya mentel mereka, kurangnya ilmu anak muridku, kenapa hati mereka jadi keras......tidur sesuka hati tanpa rasa malu padaku, bersembang seseronoknya dengan hal dunia luar mereka dengan cerita yang tiada kena mengena tentang pelajaran, bahkan isu yang amat bodoh, tak bermanfaat, tak meningkatkann iman dan taqwa langsung. Aku jadi rasa bosan sungguh niiii.......... aku bukan benci pada situasi ini tetapi aku terfikir apa yang tiada dalam diriku yang perlu ku gali mutiara yang hilang bagi menggilap sikap, hati dan perasaan mereka agar kembali sedar dan tahu yang sikap mereka dah jauh terlanjur. Wahai pelajar 4 B , baliklah ke pangkal jalan.