Sunday 10 January 2010

Amanah Mendatang Menuntut Kepada Pengorbanan dan Keikhlasan

Syukur kepada  Allah SWT, dengan izinNya je lah dapat aku berdiri dan masih berada di rumah pinjamanNya. Untuk apa diberi peluang melihat dunia lagi hari ini bukan lagi perlu ditanya kerana kita sudah maklum tugas manusia di dunia ini sebagai khalifah Allah SWT. Sesuatu yang  membara di dadaku pada tahun ini. Di sekolah tugas ku yang dipegang selama 21 tahun berkhidmat selama menjadi guru, tahun 2010 tidak lagi diberi kepada ku.... iaitu menjadi guru kelas. Padahal setiap tahun, aku tidak pernah terkecuali dari tugasan ini. Kerja  rutinlah katakan setiap tahun. Aku bersyukur atas dasar...... aku boleh lebih beri tumpuan kepada modal Insan, iait u amar makruf dan dakwah... di sekolah.   Inilah peluang untukku membetulkan dan membentuk kekurangan yang ada dalam diriku kemudian sama-sama membimbing pelajar yang semakin jauh dari arus Islam. Pelajar2ku hari ini di sekolah tempatku bertugas, sangat ramai yang tidak sembahyang. Aku mahu fokus dan mencari idea dan alternatif bagaimana untuk mengajak anak didikku kembali kepada Allah. Melaksanakan tiang agam yang hari ini tidak lagi menjadi perkara terpenting dalam hidup mereka. Bahkan mereka tidak rasa apa-apapun tidak bersolat..............   apa yang perlu aku buat?  Ya Allah, berilah petunjukmu dan taufuk HidayahMu kepada ku agar mahu melihat semua pelajarku kembali melaksanakan tugasdan amanah terhadap Allah. Amin ya Allah.
Kepada kawan-kawan diluar sana, jika ada idea, bagilah pada akuu di sini yang sangat memerlukan tunjuk ajar dan sangat miskin ilmu......

HARI INI ADALAH HARI JADIKU YANG  KE 45 TAHUN. AKU BERAZAM UNTUK MENINGKATKAN KETAQWAANKU DAN KETAATANKU KEPADA ALLAH SWT. AKU  Mahu melaksanakan Amanah Rasul ullah saw agar aku berdakwah dan meneruskan usaha para nabi dan para ulamak, aku mahu sentiasa meningkatkan amalan sunat... agar hatiku lebih lunak kepadaMu ,  aku mahu sentiasa dekat dengan pelajarku yang jauh dengan agama agar aku dapat lenturkan hati mereka kembali ke jalan yang benar... izinkan aku ya Allah..., aku mahu mati dalam Iman, aku mahu mati dalam keadaan orang yang soleh mati.., aku mahu BERSABAR  atas apa jua sangkaan buruk kawan-kawan jika mereka tidak suka apa yang aku  perkatakan perkara yang benar kepada mereka dan tidak akan berputus asa dengannya .. kerana aku perlu serahkan hatiku kepada Allah, bukan kawan-kawanku yang perlu ku jaga hati mereka atas dasar kepentingan duniawi ...,   tambahkan keimaananku ya Allah, dan tempatkan aku di akhirat kelak di kalangan  golongan  yang soleh. Amin