Saturday 7 July 2012

Special Gift - sekadar renungan

Special gift??? ialah menjadi penghuni syurga. Impian, idola dan harapan demi angan angan... itulah yang didambakan setiap hari dalam hidup ini sebagai isteri. Namun, macam mana nak dambakan impian setinggi bintang ini kerana setiap masa  bersama si dia ( kebanyakannya dari cerita-cerita...)  isteri mengundang rasa tidak puas hati sang isteri. Bukan sang suami tidak baik, bukan juga tidak handsome bahkan baik dan bergaya... tetapi kebanyakan sang suami kurang berilmu... mendidik isteri tidak berteori, mengajar isteri jauh sekali, bahkan menjadi imam solat tidak reti. Kesian kat isteri menanti tahun demi tahun demi tahun ... namun masa di sejadah bersama suami jarang diperolehi. Kenapa sang suami payah benar nak belajar ilmu agama ? sepatutnya dia menjadi imam di rumah, tidak payah isteri panggil solat bahkan dia lah yang marah anak dan isterinya tidak berjamaah... tapi kini nak cari yang ori begini payah bebenor.... oh Tuhan, kenapa isteri kini kurang respek kat suami? betul kee isteri sekarang berlagak sebab sudah berduit dan kerja makan gaji, maka boleh lawan lakiiii,  saya tidak mengakui sama sekali... ini secara peribadi saya sendiri... bukan pandangan orang lain lah...Sebab isteri rasa sedih sungguh, suami hari ini tidak mahu pergi ke masjid mencari lmu fardhu ain, kurang masa dengan buku-buku dan berbincang secara ilmiah soal ilmu .. tidak seperti perempuan, ramai hadir ke majlis ilmu, belajar al Quran dan mengaji, rajin bersosial dan banyak baca majalah dan buku... tetapi sang suami bila isteri tegur  terus melenting dan menunjukkan rasa kurang pus hati, malah maki kat isteri sesetengahnya, halau dan pukul isteri, bahkan dahsyatnya ada yang terus menghukum cerai pada isteri...


PADAHALNYA/.... siapa lagi yang  lebih mengenali dan tahu soal kekurangan dan kelemahan diri sang suami jika tidak pada isteri yang tahu?? kenapa sang suami tidak pernah merasa bertuah dan bersyukur kerana isterinya mahu suaminya meningkatkan ilmu fardhu ain, meningkatkan ilmu tentang solat, meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah... kesian kat isteri.. hatinya hancur lebur.... sebab itu agaknya ramai yang tidak hormat lakinya????  Wahai sang suami yang sang isteri kasih sungguh kat suaminya, mahu sungguh masuk syurga bersama suaminya dan anak anaknya... malah sang suami lebih menyerahkan urusan kepada si isteri. Haaaa.... jadi saya mahu cadangkan kat suami suami di luar sana berilah special gift kat isteri isteri (termasuk sya juga seorang isteri) hadiah yang paling special iaitu masuk SYURGA Bersama suamninya yang dicintai....                                             " Dikaulah suami ku yang aku paling cintai dan kasihi".