Tuesday 7 December 2010

Anakku M.Idham Hadi berkhatan cuti sekolah,..

Tanggal 4.12.2010, hari Sabtu jam 1.20 tengahari, janji temu di Klinik al Amin Masjid Negeri Kuantan berlangsung lah acara berkhatan beramai-ramai di musim cuti sekolah... nombor giliran yg ke 29. Dari jam 9.30 pagi  Puas menunggu ...menunggu akhirnya 1.20 barulah tiba giliran Idham.. Punyalah lama... Yang seronoknya ada berbagai ragam anak-anak yang menunggu... berdebar-debar, ke tandas berkali-kali, ada yang menangis meraung-raung dalam bilik doktor... time tuu semua jadi spoil, habis yang lain kecoh.. ada yang tak jadi berkhatanpun ada kerana takut mendengar yang dalam bilik doktor meraung.
Hampir jam 2.00, Idhampun keluar dari bilik doc, tersengeh sengeh... tak sakit katanya, dan seronok macam nak berlari dah.. habis org bising.. ha.. dah boleh berlari doh.. ibu susah hati, jangan kuat-kuat nanti Bentan, kata org tua. Tiba2, sebelum naik kenderaan, di luar klinik Idham mula mengerang sakit, terduduk kejap... bila dh naik kereta, mula menangis... ayah bawa kereta 20km/j atau 30km/j pun dia nangis, katanya ayah bawa kereta laju... sambil menangis2... sakit! !!!!....
Alhamdulillah, anakku ini baik dan mengikut kataku. Mudah dididik dan senang diatur. Aku katakan padanya, dunia dia dah bermula kini... akan jadi remaja dan mula menjadi dewasa.. aku rasa bahgia melihat mereka dah besar.... namun yg ku tak lupa jg, usiaku makin meningkat... umurku makin pendek, sebab itulah aku mahu anak2ku bersdia selalu dgnn fitnah dunia kini. Semoga anak2ku menjadi Daei' di muka bumi yg Fana' ini, bergeliga otak dan akalnya membangunkan dunia ini, serta meneruskan kerja2 para Daei' . Ini shj yg aku mahu dari mereka. Amin, Ya Allah.