Sunday 24 April 2011

Kemuliaan Manusia di akhirat- di sebalik cerita Tsa'labah.

Dimana Tsa'Labah sekarang?  dulu dia seorang miskin di zaman nabi Muhammad saw.  sentiasa hidup sukar tanpa wang stiap hari sedih mengadu kepada rasulullah... agar mendoakannya memberi rezeki yang banyak dan melimpah ruah, agar hidupnya bahagia dan tenang.
Kadang2 aku juga dan kebanyakan orang kini macam Tsa'labah juga.  kata Tsa'labah: Ya Rasulullah, bukankah jika Allah memberikan kekayaan kepadaku, maka aku dapat memberikan  kepada setiap orang haknya?  Anda rasa betul kee dapat Pastikan jika wang kita banyak maka dapat kita agihkan kepada ramai yang memerlukannya?..  comfim ke.. takut jadi terbalik, makin lupa dan makin tamak jadinya, kemudian harta yg banyak langsung tak jadi diagihkan untuk sesiapaun termasuk emak, ayah, mahupun adik beradik yang susah. Bahkan kita jadi tamak harta, beli hiasan rumah , pakaian, berhibur, tanah, tukar  kereta dan sebagainya.
Rasulullah kemudian berdoa bagi pihak diri Tsa'labah. Langsung dibelinya haiwan, diternak dan dibiakkannya menjadi makin banyak , makin membiak, makin banyak, makin membial..... lalu sibuklah dia menjadi seorang usahawan tani penternak berjaya.    Umpama macam aku juga dan semua yang seumpama diriku... dulu takda, kerja, jadi cikgu , dapat kerja... dapat gaji, dinaikkan gaji,  maka aku kerja makin rajin, naik gaji... makin banyak buat program sana sini... makin sibuk. Dengan dasar kerajaan yang mahu semua maju dan semua advance, maka kerjaku menjadi sangat sibuk......   macam Tsa'labah juga nampaknya.
Dulu Tsa'labah kuat dan rajin beribadah solat, berjamaah di masjid dan kuat ikuti program agama. akhirnya sibuk lalu dia tidak lagi hadir solat berjamaah, solat Jumaatpun tak hadir juga, nahkan solat jenazahpun tidak lagi dikerjakannya juga.  Bila turun perintah zakat, Rasulullah minta dua sahabat pergi mengambil zakat daripadanya, malangnya Tsa'labah juga menolaknya.  Rasulullah marah dengan sikap tsa'labah dengan kata baginda  "  Celakalah Tsa'labah"   turun ayat al Quran dalam surah at Taubah ayatt 75 - 78  . Allah mengecam dirinya.  Lalu dia rasa takut dan terus jumpa nabi untuk serahkan zakatnya.  namun rasulullah tidak menerima zakatnya dengan sabda baginda  ; " Allah melarang aku menerimanya."  lau Tsa'labah menangis-nangis, setelah wafat baginda, Tsa'labah menyerahkan zakatnya kepada Abu Bakar, juga sahabat tidak menerimanya,  Di zaman Khalifah Umar, juga sahabat menolaknya.   Tsa'labah akhirnya meninggal di zaman khalifah Uthman bin Affan.
Di mana Tsa'labah sekarang... ada lagi kan orang macam niii  ,.     Aku juga ada sebahagian kehidupan macam Tsa'labah, mujur  Allah memberi aku sedikit ruang kesedaran,  aku sering sibuk menyiapkan tugas resmi kerja sebagai guru, pulang lewat hingga petang, mesyuarat sampai lepas waktu asar,   bincang urusan duniawi yang tak pernah habis habis, aku sendiri tak tahu mana yang sebenarnya tugas utama aku sebagai guru/  kerjaku menjadi celaru.     Jika kita miliki harta dari wang gaji yang banyak, banyakkanlah bersedekah, hulurkanlah bantuan, berilah peluang kepada kedua ibubapa kita merasai wang ringgit kita kerana dulu mereka susah membesarkan kita...  jangan jadi Tsa'labah,  dulu miskin sukar menderma setelah ada duit sukar juga membantu orang.  maka kita menjadi Tsa'labah.

 Adik beradik susah, kita bagi seadanya jangan cepat mengungkit, kerana yang ada dalam tangan kita juga bukan kita punya, diberi pinjam untuk melihat tuannya bersyukur atau tidak agaknya kita.   Keluarkanlah zakat kerana sikap enggan mengeluarkan zakat akan menyebabkan kita dibangkitkan kelak  dalam perutt yang membesar seperti gunung dipenuhi ular  dan kala jengking.
Wa na u zubillahi minaz zalib.
sama-samalah kita renungkan.