Wednesday 25 November 2009

Bina Insan SMK Paya Besar bersama Haluan, Pahang

Alhamdulillah, hari terakhir persekolah sesi 2009 di akhiri dengan majlis bersama Haluan, Pahang. Pelajar dan guru-guru berkumpul di Surau al Hikmah kerana mendengar ceramah En. Ahmad Basyir, setiausaha Haluan Pahang menyampaikan ceramah talk show tentang kejadian gempa bumi di Padang Indonesia. Banyak gambar tentang kejadian gempa , masjid  yang tumbang, kampung yang tenggelam sehingga 100 kaki tertimbus penduduknya ke dalam tanah sungguh menyayat hati dan menakutkan saya. Ini macam realiti al Quran bercakap  kepada manusia yang Allah ini ada, Maha Berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja kepada manusia jika sombong, engkar perintahnya, tidak bersembahyang, jauh dari syariat Islam, hidup berpandukan budaya rekaan nafsu manusia yang bodoh, tolol dan degil mengiku nafsu serakahnya. Akal dan minda serta al quran diberi dan dibekalkan Allah seolah  olah buku biasa yang tidak penting dalam hidup manusia.  Sungguh bertuah pelajar dan guru yang menyaksikan sendiri gambar kejadian gempa di Padang, kerana sekurangnya dapat menginsafkan diri sediri agar segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan dan seterusnya mendidik diri agara hampir dengan allah. Rajin beribadat dan takutlah pada Allah. Ini adalah sebahagian daripada gambar yang boleh dikongsi bersama.

Dalam tempoh 2 hari dengan kehadiran pelajar yang tidak ramai (maklumlah hari terakhir persekolahan sesei 2009), berjaya juga kutipan amal disumbangkan berjumlah RM900.00. Terima kasih buat semua guru dan pelajar yang telah memberi kerjasama dan masih berhati mulia sedia membantu mangsa gempa di padang. Kepada pihak pengetua, terima kasih juga kerana telah memberi kesediaan dan kemudahan kepada pihak Bina Insan dengan kerjasama Kaunseling SMKPB,  menjayakan majlis amal ini. semoga semua kita dilimpahi rahmat dan berkah dari allah SWT. Ya Allah..... selamatkanlah Malaysia dari bala dan bencana yang dahsyat begitu.... dan yang lebih penting ya Allah, jadikanlah remaja dan pelajar SMKPB rajin bersolat dan sentiasa beramal dengan Islam... amin.

Ini pula cerita di sebalik Majlis Restu Pelajar SPM tahun 2009. Inilah rupa sebahagian calon spm yang hadir untuk memohon restu dari guru-guru dan bersalaman setelah habis sesi pengajaran. Kami semua warga guru sentiasa mendoakan kejayaan pelajar-pelajar. Tiada seorang gurupun yang mahu melihat kegagalan anak muridnya kecualilah murid tersebut sendiri yang tak sedar akan tanggungjawabnya.  Pelajar 5B, Hermawan.... bila dua minggu saja lagi nak mula periksa spm, barulah nak belajar. Sedangkan selama setahun, dibuat menganjingnya kita, tak dipedikan apa saja teguran dan nasihat, ponteng kelas setiap masa, tak mahu langsung buat kerja dan latihan yang dibekalkan guru  sentiasa bersembang di dalam kelas. Yang cukup menghairankan aku, kenapa minggu terakhir persekolahan barulah Hermawan nak insaf.... dan nak belajar dengan bersungguh2. sampaikan aku rasa terharu, sanggup dia keluar kelas lambat daripada orang lain semata-mata nak tahu jawapan soalan latihan yang dibekalkan kepadanya.  Dia minta daripadaku tajuk penting yang dijangka keluar periksa tahun ini dan aku bekalkan kertas tersebut. Dia minta aku doakan kejayaannya, aku kata InsaAllah.  semoa hermawan berjaya SPM.

 
Inilah sebahagian barisan guru yang hadir dalam majlis tersebut.  Masing2 berbaris dan bersalaman denga semua guru.




Seterusnya ku paparkan sedikit sejarah keluargaku. Pada malam Jumaat  13 hb November 2009,   balik ke Kemaman. Ibuku dianugerahkan oleh pihak negeri anugerah Keluara Mithali peringkat DUN KIJAL, Kemanan. Ada 3 peringkat Anugerah. Keluarga Ter bilang hanya 1 keluarga sahaja diperolehi oleh Cikgu  C.W.wahab, keluarga Gemilang diperolehi oleh 3 Keluarga, termasuk lah ibuku Tuan semek bt Yusuf. Mek (panggilanku  kepada ibuku) telah mendapat sijil penghargaan, wang tunai RM300.00 dan hadiah. Tahniah buat bonda yang telah menjagaku dan mendidikku sehingga menjadi manusia berguna. sesungguhnya jasa ibu pada kami anak-anak tidak ternilai dan tidak boleh dibandingkan. semoga semua jasa mek akan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.Dan 3 keluarga lagi anugerah keluarga Cemerlang.
  Amin.  Aku pula telah beregas balik dan sampai di sana pada jam 8.50 malam. Majlis berlangsung pada jam 9.00 malam. Haa inilah sebahagian daripada senario majlis pada malam itu.... dimulai bacaan doa, nyanyi lagu Negaraku dan satu malaysia. Wah.... nah dan Mak anjang bukan main lagi nyayi lagu Dato najib... satu malaysia.... macam nak bodek jeee.....

Yang   berbaju merah niii pula AJK majlis sambutan pada malam anugerah tersebut... Baju Merah wakil Barisanlah....... sedang mengagihkan kad cabutan bertuah kepada para hadirin dari keluarga yang hadir malam tuuu.... tapi tak bertuahpun.
Majlis diadakan di Pantai Telok Kalong, Kijal Kemaman....dekat rumah MB Dato Mat Said... dan anugerah disampaikan sendiri oleh MB Ganu. terima kasih MB ganu.... dengan anugerah buat Ibuku.. ini.  Dari kiri adiku Rozi, suamiku zamri, abg iparku Roslan rawi dan Abang Sulungku Dr.Ghazali. Suasana tepi pantai nyaman dan sejuk sekali.

Tuesday 20 October 2009

Resepi Nasi Dagang TerenGGanu Special dar Han...

Hari nii   Han nak kongsi dengan kawan kawan resepi nasi dagang Terengganu Special. InsyaAllah anda semua boleh salin dan bagilah pada sesiapa sahaja yang mahu mencubanya. Resepi ini adalah daripada mak sdra saya yang selalu dia buat pada hari Raya. Jika anak dia balik beraya, pasti nasi dagang jadi hidangan.  Yang bestnya , memang sedap dan kaw...  jangan lupa cuba Yaa. bagi yang duk oversea... balik kG ..cari rempah Cap Bunga. Kat Terengganu banyak. Kirim pada sayapun boleh saya belikan... InsyaAllah... cuba yaa...

BAHAN NASI DAGANG TERENGGANU

1.  4 Cawan Beras Siam +1 Cawan Beras Pulut( 4:1)
2.  1 Biji Kelapa untuk  1 KG Beras -   (ambil kepala santan sahaja untuk  di  
      arong / di gaul akhir sekali, kepala santan tadi  campur garam sikit jee, 
      ambil rasa agak masin .     
3.  Bawang Merah -    dimayang halus-halus
4.  Halia -  dimayang halus-halus dan panjang2
5.  Halba -  sedikit sahaja, jgn banyak sgt !!

CARA-CARANYA:-

1. Basuh beras sehingga bersih dan rendam semalaman... 
    Pada esok  pagi,buang air rendaman dan kukus beras tadi di dalam periuk pengukus di atas  dapor ...

2. Setelah agak lembut beras dikukus ...kemudian  angkat  dan letak  dalam besen .    

3. Ambil air 1  cawan, gaul atau "arong"  beras tadi dengan air.  (Arong - dalam  bahasa Terengganu 
    maksudnya ialah air dituang ke beras kemudian digaul  hingga  sebati/rata). Beras letak dalam besen , bukan 
    dalam periuk.yaa!!! 
    ** Ini petua.... setelah selesai , kalau nampak beras agak keras lagi tambah  anggaran   1/2 cawan air  je 
       ya...jgn banyak sgt ! nanti lembek nasi Dagang.
4.  Bila sudah selesai, kukus semula beras tadi atas api. lama juga .... ikut byk mana nasi 
     dagang.
5. Peringkat terakhir niiii.... agak agak  nasi sudah  masak,  tuang  nasi yang panas panas  tadi  
    ke dalam besen.Haa... masa tengah panas  panas niii lah, gaul nasi panas dengan KEPALA SANTAN  
    yang diambil dari  sebiji  kelapa tadi. (biar pekat BETUL kepala santan) 

6. GAUL gaul kepala santan  tadi  sampai nasi pulut tadi kelihatan  nampak berminyak. 
7  Tabur tabur bawang merah yg dimayang halus , halba dan halia  bersama-sama kepala santan 
    pekat tadi. Jangan   tunggu sampai nasi jadi sejuk baru nak gaul kepala santan.  Kalau setelah sejuk 
    baru digaul maka nasi dagang anda jadi  cepat basi!!!    Ini  ialah  rahsia tau, petua orang tua lah 
    katakan.
8. PENTING SANGAT ..Bila  siap di arong / digaul , tutuplah bekas besen dengan 
 kadar segera. Simpan kat tepi. Dah siap lah tuuu nasi dagang!  

Peringatan:  Jangan buat lawak lok,  sudah siap arong dengan santan,....ada juge yang kukus semula!!!! jangan buat begitu tau!! salah tuuuu.... tak jadi nasi dagang anda!!



RESEPI KUAH NASI DAGANG SPECIAL TERENGGANU


15- 20 ulas bawang merah atau 1/4kg bawang merah
2 ulas je bawang putih
3 inci je lengkuas
1 inci halia
semua niii mesin / blend hingga lumat

1 peket rempah cap bunga ( yg lain tak best/ kurang emmh)
2 sudu besar lada lumat (yg diblend halus)
1 1/2 biji santan
1 Keret Nisan ( yang..bulat mcm gula melaka tuu) 
sedikit asam jawa
sedikit gula
sedikit garam

CARA-CARANYA:- adalah seperti berikut...


1.   Cili kisar atau "Lada lumat" orang terengganu panggil-  hendaklah  anda 
      tumis dahulu  dalam minyak yang panas.
2.   Minyak agak banyaklah juga untuk menggoreng cili boh tadi. Setelah agak 
      garing atau masak, anda   asingkan dulu./ simpan kat tepi dahulu
3.   Santan kelapa yang satu setengah biji , anda masukkan ke dalam periuk
4.   Semua bahan di atas dimesin halus dan masukkan ke dalam santan.Masak 
      semua bahan  di dapor sehingga mendidih.(agak lama..)
5.   Gaul atau satukan semua rempah gulai nasi dagang) Haaa..... bila  dah    
      betul betul anda nampak masak.....
4.   Barulah masukkan lada lumat yang anda  telah ditumis dahulu / awal tadi. 
5.      Masukkan " Nissan Keret "( gula melaka atau gula merah), sedikit sahaja 
      gula,dan garam,   
      Suaikan rasa dengan lidah anda. 
6.   Masukkan asam Jawa yang diambil perahan airnya dan setelah lama 
      mendidih...
7.   Terakhir sekali masukkan ikan tongkol yang telah dikukus. Jika ada  
      air  rebusan ikan dalam periuk kukusan ikan,  anda digalakkan campur 
      sekali air ikan kukus tadi ke dalam periuk kuah nasi dagang anda. 
      Masamnya tuuu sedap.
      
OOPSSS LUPE LOK..

RESEPI IKAN KUKUS KHAS NASI DAGANG


IKUT SUKA ANDA MAHU KUKUS BERAPA EKOR IKAN AYA / TONGKOL
(TERPULANG KEPADA BANYAK MANA NASI DAGANG ANDA MASAK)

CARA-CARANYA..
1.  Bersihkan ikan tongkol dahulu.
2.  Potong agak sederhana besar, jangan kecil nanti  ikan hancur.
3. Ambil periuk dan masukkan ikan tongkol.
4. Masukkan sedikit sahaja air (setengan cawan sahaja ..sikit je)
5. Masukkan GARAM - agak banyak juga (anggar sendirilah).  Tabur tabur atas ikan.
6.  10  Keping  ASAM  Gelugor. 
7.  Setelah semua berada dalam periuk, Tutup periuk.
8.  Buka api paling kecil. Ikan akan masak dengan perlahan dan  air rebusan akan kering di 
    dalamnya.  Jangan api besar  sebab ikan akan hangus dan  dan tidak bagus.   ( yang ini kena 
    anggarkan   sendirilah....)
9.     Jangan angkat selagi ada air masih leleh di dalam periuk. Biar kering betul!!..
10.   Ikan masak agak kering airnya ..masukkan ke dalam kuah yang tadi...

Sampai di sini dahulu. Selamat mencuba, jangan lupa buat sendiri dan rasalah masakan anda sendiri.
orait, semoga berjaya memasak nasi dagang special untuk tetamu anda!!!

          SELAMAT  MENCUBA  !!!!!!

kALAU KAWAN-KAWAN ATAU SAPE JE LAH YANG MEMBACA DAN MENCUBA
RESEPI NASI DAGANGKU INI... JANGAN LUPA HANTAR RESPON KAT
HAN DI SINI YAA....


kalau ada masalah hantarlah komen atau email ke han di alamat email : norihan65@yahoo.com

Friday 16 October 2009

ANTARA PERANAN, TANGGUNGJAWAB DAN KESEDARAN DI SEBALIK MAJLIS




mINGGU  ke tiga bulan September , merupakan giliranku bersama Pn Roslina dan Pn Roa'aini bertugas mingguan. Menjadi rutin tugasan, pagi hari berada pintu utama sekolah untuk melihat dan mencatat pelajar hadir lewat ke sekolah, pelajar tingkatan mana yang lewat. Minggu ini, ratanya pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5 yang lewat hadir, yang lewat cikgu  denda kutip sampah di sekitar pagar yang berhampiran sekolah. Sekuranag2nya mereka diberi sedikit pengajaran agar malu dan tidak lagi mengulanginya. Namun biasalah manusia.... yang degil tuu tetap pelajar lelaki yang sama, dan bermotosikal ke sekolah. Alasan lain tak ada kecuali bangun lambat. Pemikiran mereka seolah-olah baru berada tahun satu atau dua. Tidak berkembang malah sentiasa sama pada setiap tahun.  Ini ke yang mereka dapat bila ke sekolah? ataupun apa yang mereka cari di sekolah, atau alasan untuk dapat duit belanja bila ke sekolah, walhal hati mereka dah tak minat ke sekolah. Ataupun selalu dilontarkan tuduhan cikgu wak ape kat sekolah? tak mendidik ke mereka? Budaya lambat ke sekolah merupakan gejala negatif yang perlu ditangani bersama peranan ibubapa di rumah.Jika paginya bersolat Subuh... tentunya pagi dah bangun dan pastinya dapat bersiap awal untuk ke sekolah. Ini tidak, rata-ratanya tak solat Subuh.  Shima....jaga perempuan sorang2nya yang  bertugas pada waktu siang hari, tak pernah abaikan tugas, sangat komitted dengan kerja dan sangat amanah orangnya.  Inilah gaya kak Shima... semasa bertugas di pagar depan sekolah.


Minggu ke empat, bulan September-  Majlis bacaan Yassin diadakan di dewan Terbuka. Betapa besarnya peranan guru untuk menjadikan pelajar memiliki jiwa yang murni dan memiliki nilai yang baik untuk diamalkan. Namun sepanjang majlis bacaan Yassin, sesetengah pelajar lelaki (kiranya ramai jugalah....)  yang hanya mendengar sahaja tanpa sekelumitpun bibirnya mengikuti apa yang sedang dibaca beramai-beramai.  Telinga seolah2 pekak, hati seakan mati dan mulut seakan bisu.. gitulah ayat kasar gambaran tentangnya.  Tak tergerak ke hati mereka untuk mengikuti ayat ayat al quran yang dibaca?  Cikgu tak tegur ke? 


Sebelum  bacaan Yassin bermula,  guru akan memberikan sedikit panduan ,nasihat dan tatacara adab dan cerita yang boleh dikongsi bersama sebagai pengajaran dan panduan.  Namun, sesekali sungguh ku tak mengerti kenapa remaja hari ini semakin parah jiwanya?? Kosong rohaninya...dan semakin bercelaru pemikirannya..


Jika para pelajar nak beli air minuman, charity shop atau koperasi sekolah menjual air tersebut sebagai
penerang hati. Maaf ya!...jangan silap pulak, kami tak jual air Yassin tapi jual air minuman (drinking water ) yang tudung botolnya dibuka semasa bacaan Yassin.  harganya macam biasalah.... Alhamdulillah, sambutan dari pelajar amat menggalakkan. Daripada mereka beli air biasa baiklah beli air yang dibacakan yassin .... 


Minggu pertama Oktober 2009 - majlis Solat Hajat Perdana sempena PMR, SPM dan STPM

Itulah jasa guru, cuba mengexploitasi semaximum mungkin jasmani, emosi, rohani dan intelek para pelajar agar sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara menjadikan pelajar cemerlang. Majlis solat Hajat seolah-olah menjadi agenda wajib di semua sekolah pada hari ini. Pentingnya akademik sehingga kita adakan khas solat Hajat untuk kejayaan pelajaran anak2 kita.  Tapi bagaimana dengan pentingnya akhlak dan tingkahlaku remaja kini? Tidak ke sama penting malah lebih penting dari akademik??? pada pendapat sayalah.  Oleh itu, saya juga mahu syorkan kepada Kementerian Pendidikan... agar jangan pandang remeh isu akhlak remaja kiini...malah pihak Hem, Jabatan Pendidikan Negeri patut adakan agenda utama SOLAT HAJAT untuk memohon kepada Allah agar remaja kita hari ini berada di jalan yang sewajarnya sebagai seorang remaja muslim??? 



  inilah senario solat hajat....








Inilah antara contoh mengapa perlu Solat Hajat Perdana peringkat Negara...Negeri...Daerah..
.Kampong, ulu...hilir...timur..selatan..barat...  malah semua Golongan...Menteri..Raja...pentadbir...
Pengarah..cikgu ..khas untuk Menangani masalahh akhlak remaja. Gambar ini menunjukkan seorang anak muridku tingkatan 5B- selesa baring di lantai bahagian luar surau sekolah..sedangkan aku sedang mengajar di dalamnya. Alasannya dia tak nak belajar...suasana ini dirakam selepas minggu solat hajat spm.  Nak marah setakat mana sangat pada pelajar2 hari ni? Nak sedarkan bagaimana caranya?  dah puas dah letih...dah hilang idea juga dibuatnya aku...  nak meritkan mereka kemudian dibuang sekolah? Habis bila mereka di luar, masalah ini selesai ke ? ??? Hantar lah kepada kaunselor ? Nak tau ...betapa ramainya yang menghadapi masalah disiplin di sekolah hari ini sedangkan Kaunselor hanya 2 orang sahaja ( pelajar HAMpir 2 ribu) kalau anda jadi kaunselor...are you sure dapat handle ???? itulah....

Minggu ini pula 15 Okt- jamuan akhir tahun merangkap hari raya merangkap meraikan pertukaran guru...buat di Sempurna Resort, Indera sempurna jalan ke pekan....   nama memang sempurna tapi makanannya tak sempurna...tempat tak selesa..panas  (sori ya Kelan staff)...memang kenyataanpun...  saya tak makan pun nasi minyaknya sebab tak sedap....baik makan kat kedai Mamat kat Maidin,  Kuantan.
Biskut raya yang dihidangkan..rasanya biskut timbang kilo...sebab cek memang kenal bebeno bentuk, warna dan hiasanya... beli anakpun tak suka makan... sori ye kelab stafff.... Tapi cek puji ajk dan pengerusinya rajin dan bertungkus lumus menghandle majlis.. tahniah! dan beg hadiahpun cantik... cek berkenan.... terima kasih banyak sekurangnya ada lah juga penyedap hati .... jgn mare yeeee



Izat menduduki peperiksaan PMR 09- di SMKPB


 
Debaran menunggu hari Rabu, 7hb Okt -14 Okt akhirnya sampai juga. Izzat Basyir anak kedua ku mulai menduduki  peperiksaan PMR. Perihal mendoakan anak agar berjaya dalam apa jua yang diceburi mereka bukanlah perkara asing buat seorang ibu yang mendidik anak tetapi bagiku mendidik anak lelaki di zaman ini bukan calang sukarnya. Akal kurniaan Allah untuk mereka  memang lebih dari anak perempuan tetapi persoalannya aku tidak memahaminya bagaimanakah mereka berfikir ??? sebabnya jika di zaman alongnya (anak perempuan) menduduki pmr, disuruh sahaja membaca dan mengulangkaji dia tak pernah bantah... malah ibu sungguh rasa senang hati dengan tekunnya mengulangkaji. Begitu juga adiknya Siti Aisyah menduduki UPSR tahun 09 ini, sebut sahaja ambil kertas latihan atau buku kerja terus dicapainya.Tetapi hari ini, anak lelaki tidak boleh disuruh begitu.., tv, dengar lagu dan sikap sambil lewa menjadi budaya hidup seolah-olah tidak ada perkara penting yang berlaku dalam hidupnya.
Si anak memang amat memahami kehendak ibubapanya tetapi sikap anak kadang-kadang menjadikan ibubapa terpaksa mencari idea dan alternatif lain untuk menjadikan jiwa mereka memahami sesuatu dengan lebih mendalam.

     Sebab itulah, kita sebagai orang yang beriman perlu meneliti secara halus dan mendalam emosi dan naluri anak2 hari ini yang tidak pernah sama dengan apa yang telah kita lalui masa lampau, Pun kita bercerita tentang kehidupan sukar yang pernah kita lalui yang telah menjadikan kita sebagai manusia pada hari ini kepada mereka, juga sukar kita jadikan ia sebagai panduan hidup kepada mereka. Malah sesetengah anak2, tidak akan memahaminya. Banyakkan beristigfar kepada Allah SWT boleh menenangkan jiwa, bermunajat siang dan malam memohon rahmat, hidayah dan taufik buat semua anak2ku, juga buat semua anak2 didikku agar satu hari nanti, kamu Adalah manusia pembela agama Islam. Ya Allah, jayakanlah semua mereka dalam peperiksaan PMR, dan menjadi pelajar pintar suatu hari kelak.Amin.                              

Thursday 15 October 2009

bergambar hari raya syawal 1430 Hijrah



Selepas 2 minggu syawal menjelang, terasa hati ingin mengukir kenangan bersama-anak nak tercinta. Kami semua memakai pakaian hari raya, si anak manis belaka, ayah pula segak tampan dan ibu pula manis sekali...... a   angkat bakul masuk sendirilah niii...... kedai gambar cina juga  jadi pilihan si melayu.... entah bila senario begini dapat diubah tradisi. Bukan  suka sanagat nak g kedai cina nii... tapi mana ada kedai gambo Melayu? Melayu raya cina kaya raya............masa balik kampung lagi best tengok anak melayu berduyun masuk kedai cina beli baju melayu..... duit sumbangan untu golongan susah yang di beri kerajaan terengganu ...  dapat 300 rts ringgit beli baju kedai cina,, samalah kami!  sedar dah  ... tapi takleh wak ape ape!!!

Sunday 27 September 2009

Beraya di rumah Menteri Besar Terengganu-Dato Mat Said


Hari ni sabtu 26/9/09 malas nak masak/.... takde ke rumah terbuka raya?... ooops tengahari jam 11pg mak nah dah siap nak g makan rumah MB Ganu Kite.. wow bwst gok sbb tak payah masuk dapo janji perut kenyang... sape taknak makan... jom kite pakat G umoh MB yang bapok gong... macang macang  ADE, tupat dan rendam  heh he he... , tape .. leman Kija,  Sate mamat , ais kering.....JELI DACING SIAP GAMBO MB SEKALI...( PRODUK BARU ganu kite)...., nasi minyok, nasi Dagan...he he.. he..,  mewoh..mewoh makang raya, air cendol, abc , air bandung dan sirap. Kita jalo kenyang weh...   Kawe sronok bena tengok jirang kat rumah ganu tmn cendering utama ada lake seme, Hok dok nampok geng  Rosul Kuala Berang.. ngajuk ke... ataupun tak dijeput ... ataupun kita tak dang jupe sorilah ya! tapi dok nampaklah. MB senyum sokmo senyum raya... t.sh anok2 seme dapat duit raya.... bila MB nak siap rumah dan Duk situ ? Menteri bahagian royak-royak berita  RTM1 PUNG ada..... siap di temubual lagi weh... bangge kawe.
ini dalam rumah MB Ganu kite kat Telok Kalong Kemaman... gah berdiri depan Open Univ TATI.
ini JELI KEMPEN
Sebenarnya lame dooh kita nak g jengok umoh MB tapi takdok sebab, kate orang nii lah peluang nya kan. Kalu kire, lalu depan rumah MB acap kali doh.... jadi pada kawan di luar sana yang nak lihat senario rumah MB ginilah GAHnya. Kira2 habis lima tahun jadi MB, siaplah rumah tuu.  Kalu rumah tuu biar je takdok orang duduk, takut gok hantu bukit telok kalong wak sarang.... susah nak jampi. Payah pulak nak cari bomoh siam.  Ini bukan lawatan raya politik, tapi menyahut seruan silaturrahim. Ruang tamu macang ruang hotel, tangga lok macang tangga crite hindustan.... cuma takdok shah rukh khan je golek2 atas tuuu.  Jangan marah yeee, kita gurau je. Semoga murah rezeki, tahun depan leh g lagi.

sAMBUTAN Aidil Fitri 1430Hijrah/2009


Alhamdulillah setelah selesai sebulan berpuasa, kami sempat diberi Allah menyambut hari yang mulia di bulan Syawal ini. Kami masak nasi minyak, rendang daging, ketupat dan tapai mesti ada setiap lebaran,  dan yang paling seronoknya berkumpul ahli keluarga. Inilah sebahagian ahli keluarga tercinta... mak bonda, dan adik beradik anakdan saya niii dah bercucu.......   panggilannya "Tok Teh "....


Mek nampak letih...sempat berehat di ruang tamu rumah pak long di lot 144.
Hari raya tahun ni kita jadi tuan rumah,,, pak long raya di Batu pahat, jak raya di Pulau Manis K.trg, Ruzi raya di Kedah, ok tak ada dia di Kuala Lumpur.... sunyi gaklah kiranya... tapi suasana kembali seronok dan ceria pada hari raya ke tiga.  Semua dah pulang ke kampung dan berkumpul. Petang raya ke tiga kami berkampung di Legend, Cerating selama 3 hari sampai Jumaat tghari kami cek out.... sempatlah mandi kolam dan lepak di pantai Cerating.

Malam Sabtu, 26/9/09, p.long buat tahlil Yassin dan solat Hajat naik rumah barunya di lot 144, kemaman. Makan malam dengan bakar ikan......sotong dan menu nasi goreng spesial mak jak. Cef import dari LA.

Saturday 12 September 2009

majlis Iftar Jamaei 2009 di SMK Paya Besar Kuantan

Alhamdulillah, selesailah majlis Iftar Jamaei. Sempat kami berbuka dengan buah kurma dan kuih. Selepas berbuka puasa, kami menunaikan solat Maghrib berjamaah diimamkan oleh al fadhil suami cg Sharifahfaridahhanim, sifu  ict  kita yang disegani. Pah ....(ini utk pah ya!), kak rasa teruja dengan suara, lahjah sebutan bacaan imam maghrib malam  ni. Memang bertuah sesiapa yang memiliki suami yang pandai mengaji al quran dengan baik, seperti suami pah niii ya!. Nampak gayanya kak han nak tempah teruslah untuk imamkan solat hajat perdana sempena peperiksaan pmr,spm dan stpm nanti.

Selepas itu pekena dengan gulai kawah Pak Manap. Memang menyelerakan gulai ikan masin, sambal belacan dan tembikai. Alhamdulillah, menyelerakan sungguh. Inilah dia masakan spesial pak manap.....
Inilah sebahagian tetamu majlis yang hadir... pelajar lkelas 3KAA dengan jubahnya pun hadir sama

Monday 7 September 2009

Tadarrus al Quran di Pekan Pahang bersama Datin Rosmah isteri PM

6hb Sept 09, farhanah ganti tempatku ke bandar Pekan  wakil PERKEP IPD kuantan bertadarrus al Quran di sana . Ingatkan ke balai Pekan dengan  member2 di sana.... terperanjat juga lah, rupanya  Datin Rosmah, isteri PM kitapun ada dalam majlis tersebut. Grand betul kak long rasa.  Siap karpet merah. Rupanya majlis tadarrus tu di adakan di Dewan serba permai di Pekan dihadiri oleh dif-dif kenamaan. Ada ucapan-ucapan pemimpin dan ceramah dari ustaz lagi. Inilah sebahagian dari rakaman yang elok dapat di kongsi bersama rakan-rakan semua.