Sunday 10 July 2011

Buah Tat untuk Hantaran kahwin...















Membuat tat buah berbagai jenis untuk hantaran kahwin juga idea yg bagus sebagai buah tangan.  Ia cantik dipandang, juga sedap dimakan.  Tapi nak menyiapkannya... alamat rumitnya dan perlu kesabaran dan sikap rajin dan teliti. Terutama semasa membentuk  seperti buah dan proses untuk mewarnakannya.  Nak boleh ke siap, dan nampak cantik berkilat... bakar dalam oven sampai 3 kali barulah ok!!  ambil masa agak lama juga lah...   nak lihat sebahagian hasilnya ... boleh!!! terliur dibuatnya..  tapi yang pentingnya boleh makan dari hasil tangan sendiri memang berbaloi... selamat mencuba yg di luar sana!

OPS TIRAM




OPS TIRAM - dilancarkan pada 20hb Jun 2011, pihak Bina Insan telah menjemput pihak Badan kebajikan masyarakat Kuantan menyeampaikan ceramah tentang kes2 gejala sosial di kalangan remaja di malaysia.  Kami namakan OPS TIRAM-  kerana proram ini khas untuk perempuan sahaja. Kami ibaratkan pelajar perempuan seperti tiram, bila ada yang cuba dekati, rasa terganggu dan di sentuh terus dan cepat2 menutup dengan cengkeramnya agar dirinya selamat. Cengkerang  tuuu tebal dan tak bisa di buka jika tiada dengan izin tuannya. Haa itulah ibarat pelajar perempuan yg kami kahendaki. Namun apakan daya,  remaja perempuan kini sudah mulai membuka cengkerangnya kepada sesiapa sahaja yang menyentuhnya, membiarkan dirinya dan sedia menyerahkan dirinya padahal itu bukan masanya lagi...  sebab itu timbul gejala buang anak, mengandung luar nikah, lari ikut pakwe, ponteng sekolah, kena rogol , berpeleserann dan merayau di pasaraya... semua itu adalah kerana gejala keruntuhan akhlak dan tidak solat dan kurang menhamalkan ajaran Islam dalam kehidupannya.
Sekurang2nya menyedarkan remaja bahawa mereka perlu berawas dalam kehidupan ini agar terhindar dari gejala buruk dalam diari kehidupan duniawi.