Sunday 11 July 2010

Coklat ... nak tempah untuk Birthday / Kenduri .... sedia terima tempahan

Kalau adik2 berminat nak jadikan hadiah, untuk majlis hari jadi, apa2 parti yang diadakan ... boleh lah kalau berminat dengan aneka jenis coklah.... Mak Han... ada sikit ilmulah buat coklat niii,,, yang dah makan semua kata best coklat tuuu.... lolly chop, oreo choc, walnut choc, kacang , inti cair dan aneka jenis lah... lihatlah gambar di bawah niii....... sedap sangat...
ini namanya coklat ... berisikan walnut, kacang,  biskut Oreo, kalau minat kismis boleh juga.... dan satu resepi sedap juga iaitu choclate Cluster  intinya cornflakes, almond cincang dan praline paste.... rangup sangat lebih kurang macam cornflakes madu... digaul dengan coklat     
 

Hijjaz, In-Team, UNIC, Mestica - Isra' Mikraj

Friday 9 July 2010

Ceramah Isra dan Mikraj 1431Hijrah/ 27 Rjab 2010 Masihi di smk pb

Tepat jam 7.40 pagi semua pelajar masuk ke dewan... nampak pelajar makin ceria dan baik aja pagi nii... kita pasang LCD agar ceramah tak jemu sangat... dimulai dengan lagu ingatkan tujuan kehidupan,,, dan sedikit tayangan slide... akhirnya jam 8.00 pagi penceramah Jemputan al Fadhil ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, pegawai Khas MB Pahang dengan tajuk " Peristiwa Isra dan Mikraj serta kaitannya dengan realiti kehidupan manusia kini ".... wow ... bestnya ceramah nii, menyusuk kalbu kata2nya.. betul aku juga jarang berdoa agar aku dapat bertemu Allah SWt di hari akhirat kelak, kecuali aku minta hal2 ttg diriku, keluargaku sahaja.... agar dikurniakan rezeki. keberkatan hidup, mati dalam kalimah syahadah... kejayaan dlm hidup... dan seumpanya yang berkisar keduniaan sahaja... bahkan Easulullah saw yang pernah bersua dengan Allah amat merindui untuk mati kerana mahu bertemu Penciptanya Yang Maha Berkuasa..Allah... lalu di saat rasa kesakitan sakaratul maut dijemput Izrael... baginda menyatakan sakitnya nak mati.. lalu berdoa kepada Allah Ya Allah... biarlah aku sahaja yang merasai kesakitan sakaratul maut ini.. tidak kepada umatku...biarlah dia saja yg sakit, bukan umatnya... hbat betul junjungan Rasulullah saw... selalu memikirkan orang lain agar diberi kesenangan ketika dalam saat kegetiran. Ya... kita tak begitu. Hati kita kotor dan keruh, kalau kesempitan mana ada nak fikir agar orang lain dapat senang dulu dari kita... tentu tidak. Biar diri kita dulu senang... dah dapat, dan lali , barulah ingat kepada orang lain.....  Ya Allah. aku juga merindui mu untuk bertemu Mu Ya Allah, masukkkan daku dlm golongan yg diberi peluang ini ya Allah...
   

Thursday 1 July 2010

KAK LONG MENJUAL MAKANAN HARI USAHAWAN DI SMK ALOR AKAR

wAH....  tahniah sejambak bungak buat anakku along yg dah mula menjinakkan diri dalam masak memasak... lihatlah niii jualan ushawan muda ... nampak berselera juga menu along dan kawan2nya... kalau mcm niii ibu memang gembira... sebab anakku dah mula minat masak...


Nampak tuu... kawannya tekun membaca menu masakan... blender tuu untuk aiskrim... nampak slera gok lah... bagus.. bagus ada perkembangan yang sihat.
Kat bawah tuuu, anakku ke 2 Muhammad Izzat... semoga 2 bradik akan menjadi anak yg soleh solehah, berbaik dan hidup berkasih sayang antara satu sama lain.   Izat bawa duit tak tuuu... nape tak menjual Hari usahawan... biasanya dia rajin ikuti program mcm niii....
Kat Atas sekali along dan Fatihah...

Siapkan Beg dan Alas Meja Petch word

Hah... lega bila alas meja dah siap ... skarang nak wak Beg pulak... penat takpa asalkan hasilnya memuaskan hati... ini sebahagiann dari koleksi kerja tanganku sebagai tanda kenangan yg aku minat sangat bidang jahit menjahit nii.... bagus juga kalau menjahit nii, sekurang2nya dpt kepuasan diri..  ini senarionya sebelum siap sesuatu projek..                                        yg tak bestnya dah berhati2 tp kena tetas juga tersilap jahit...... biasalah ... kata org menjahit nii kalau tak tetas bukan jahit namanya...       Setelah  3 minggu akhirnya beg ku siap juga... seronok betul hati ini.    Tabble runner juga dah siap. Cantik dan sangat memuaskan hatiku. Untuk hari raya lah katakannn.....

Hari Koperasi Sekolah 2010

Marilah kita kongsi sikit crita tentang sambutan Hari Koperasi SMK Paya Besar ... agak meriah... tahniah kepada semua  Ahli2nya yg bertungkus lumus menjayakannya... Bermula jam 7.40 pelajar masuk Dewan... 8.30 selesai dan mulalah acara di kantin jualan dan gerai julan oleh Persatuan2, dan Badan Unifom... agak meriah gerai jualan, Cg Maziah goreng ayam dengan teacher Wan Norihan... cg Pendidikan Khas pula... jual air Jus tembikai, soya... nasi lemak. cendol  dan macam2 jualan. Persatuan agama juga... tahniah pada Nursyaheerah yang paling rajin mennyediakan bahan jualan... juga Nur Fatihah.  aku pula menjadi hakim Pertandingan Busana Musllimah.... agak meriah juga maklumlah pertama kali menganjur... masih banyak juga yg baru. Baguslah pelajar2 yg menyertainya, berbakat dan yakin pada diri.... inilaj gelagat mereka...