Sunday 14 July 2013

REMPAH GULAI KAWAH HASIL TANGAN ORANG TERENGGANU..Special!!


 

Masak untuk 400 orang makan

REMPAH  GUKAI KAWAH..SEGERA


Call me 016 9617479     Atau 09- 5604061. 

Alhamdulillah, teman Nak bagitau dengan satu produk "rempah Gulai Kawah " buatan orang terengganu. Teman masak berkali kali, Alhamdulillah rempah yang bagus maka gulai daging kita rasa enak sungguh..!! Mesti try... rugi pandang saja, Anda boleh tempah sekarang!!

Cuba lihat foto di sini...masak utk sekeluarga di hujung minggu,  jika ada tetamu datang bertandang,  nak jamu kawan kawan  anak sambut hari jadi..  CUBALAH  masak sendiri di rumah. Lagi jimat dan menguntungkan. Yakinlah memang jadi dan ramai akan puji anda memang pandai masak. Cuma guna rempah ini tumiskan dan masukkan daging. atau ayam. Sedap sungguh  10 kilo daging, rempah gulai kawah perlukan 1 kilo.  lagi  pekat lagi sedap.

Baru ni September 2013, teman masak untuk 400 orang makan dengan 4 kilo rempah sebagai lauk tambahan majlis sambut menantu di Selayang, Kuala Lumpur. Daging sebanyak 38 kilo.  Mudah sahaja. 

PANDUAN / CARA MASAK REMPAH GULAI KAWAH
ASAS MEMASAK GULAI KAWAH
         Jika 1 pek 500 gm untuk 3 kilo daging  /  ayam 2 ekor
        1 KILO rempah  untuk 10 kilo daging dan masukkan santan sebanyak  santan 2 kilo.
    Untuk 10 kilo daging anggaran boleh di makan seramai 100 orang.
       
CONTOH  :  Jika  anda mahu menjamu tetamu anggaran 300 orang , rempah  gulai kawah 3 kilo, santan  sebanyak 6 kilo            ( kurang lemak lagi baik =  5 kilo cukup je..), dan daging  sebanyak 30 kilo.
            Yang lain lain, tambah sebagai penyeri iaitu :  ( Ubi kentang,  Buah Tomato,  garam dan gula sket...
            ditambah  ikut selera lah..!!).

        JANGAN MATI AIR Daging dahulu ..tak perlu! masak daging terus dengan rempah tersebut.
   
        Jika anda mahu masak 1 ekor ayam sahaja, guna rempah separuh sahaja. Yang lain  tu adjust            
        sendirilah.   InsyaAllah, rempah boleh tahan disimpan selama 3 - 4 minggu. Jika masukkan dalam peti
        ais, tahan lebih lama lagi sebulan lebih pun tak apa lagi. Sebab kebanyakan rempah tak ada yang
       lama... setiap minggu dimasak yang baru.
    
  1. Ayam  1 ekor / daging 1 -  2 kilo
  2. Ambil rempah segera gulai kawah 250gm (separuh pek)
  3. Masukkan dalam mangkuk dan bancuh dengan air biasa dahulu  (kerana rempah agak pekat)
  4. Sesetengah orang dia panaskan minyak dulu sikit..
  5. masukkan rempah Gulai kawah  Teganu segera
  6. Masak hingga berbau rempah....
  7. Masukkan daging atau ayam yang siap dibersihkan  Masak sehingga  daging  empuk dengan rempah tersebut.
  8. Masak sehingga  daging lembut. Tambah air jika pekat sangat.
  9. Tambah ubi kentang, lada besar (hijau / kuning), tomato, jika anda suka
  10. Bila ubi empok, barulah masukkan santan. 
  11. Masak hingga mendidih dan nampak pecah minyak.
  12. Angkat dan hidangkan.

INI GAMBAR REMPAH GULAI KAWAH TEGANU


500 gm untuk 3 kilo daging/ / ayam 2 ekor

Rempah Gulai Kawah Segera...sedap!!
rempah enak pasti gulai sedap.
4 kilo rempah

Memang berbaloi... tetapi ramai diluar sana terikut ikut trend kini cuma tempah dari caterer sahaja... Rugi tau!! kita jadi tak pandai masak,  memupuk sikap malas ke dapor, cuma nak senang selalu...  apa salahnya kita buat sekali , menjadi.. tentu seronok. Lain kali pasti kita akan cuba lagi dengan menu lain lagi.

Ingat , Rasulullah saw ada berpesan :  Lebih kurang maksud hadis nabi ;" Setiap jari sendi (dikerjakan) adalah sedekah."

Kita memasak, semua jari sendi kita bergerak. potong daging, tuang minyak, panaskan  periuk .  Semua jari sendi bergerak. Kan banyak Pahala kita dapat dan perolehi. Tambah lagi kita menjamu orang makan dengan masakan yang enak, pasti lagi besar pahala kita dapat.
JOM kita beramal sambil masak. ,,,
500 gm /  3  kilo  daging boleh masak




GENERASI 2013 MENGHADAPI MASA DEPAN. tAHUN INI NAK PMR...

Ahlan wa sahlan.... ya Ramadhan 1434H. Sungguh seronok menyambut ramadhan kali ini. Di sana sini ada berbagai juadah diluar sana. Bawa je duit pasti dapat beli apa jua ikut kemahuan,...namun di sebalik semua itu , siapa yang tahu. Ibu ibu dan bapa yang menjual kuih muih hari raya sakan dan seronok mendapat wang hasil jualan kuih muih, buka gerai kadang sehingga jam 3 pagi. Solat terawikh ke mana... tahajjud ke mana. petang dan pagi sibuk masak banyak2 untuk menjual di petang hari.
setiap hari begini.....
kerusi akan diatur untuk melelapkan mata. Wahai mak wahai ayah!!! beginilah anak anda di sekolah. Siapa yang mahu fikirkan semua ini?? Baru 15 tahun, panjang lagi masa ke hadapanya yang mesti dilalui jika diizinkan Allah. Jadi apa kelak mereka???
apa yang boleh anda fikirkan

CERAMAH IHYA RAMADHAN 10 JULAI 2013 BERSAMAAN 1 RAMADHAN 1434H

Alhamdulillah, kami berjaya menghidangkan jamuan minda dan jiwa buat semua warga SMKPB. Alhamdulillah juga, kali ini semua staff pejabat dan pekerja ikut sekali dalam mjlis ini. Sungguh berkat Ramadhan kali ini ya Allah. Juga yang aku amat terharu sekali, dengan sikap pelajar yang sedikitpun tidak berganjak dan bergerak malah jauh sekali buat bising ketika majlis sedang berlangsung. Terharu sungguh. Mungkin Allah memilih majlis ini disertai dengan beratus ribu para malaikat kerana Mudir yang hadis seorang huffaz al Quran, juga anak buah yang dibawa bersama juga yang haffiz.


pelajar menghayati ceramah dengan penuh khusyuk
Penyampaian Mudir Uwais al Qarnu  penuh cerita, teladan dan bukti sejarah Islam. Kemas dan mantap sekali ceramahnya.
Terima kasih Mudir..... 
GPK HEM menyampaikan sumbangan guru kepada Maahad Tahfiz

Jazakumullahu khairan.....
Inilah barisan pemimpin agung yang akan mewarnai dunia seterusnya.




SOLAT HAJAT SEMPENA PMR,SPM DAN STPM JUL 2013

Setiap tahun SMKPB akan mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana. Khas untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Ramai pelajar dan ibu bapa yang hadir .Ini menunjukkan para ibu bapa hari ini sedar dan mengharapkan semua anak mereka menjadi insan cemerlang dunia dan Akhirat. Tiada apa yg dapat digarapkan daripada anak2 kecuali mereka memiliki masa depan yang cemerlang dan manusia berguna. Kami para guru dan warga SMKPB mendoakan semua mereka akan menduduki peperiksaan dengan baik dan membawa kejayaan cemerlang.
Add caption
Tazkirah Motivasi keibu bapaan disampaikan oleh ustaz Mohd Shupian b Majid pensyarah Unit Bahasa Arab dan Tamaddun Islam KIPSAS, menjelaskan keperihatinan ibu bapa terhadap tanggungjawab ibu bapa terhadap batasan pergaulan anak anak, halal dan haram pemakaian serta menjaga anak anak agar meninggalkan maksiat. Semua itu memberi keberkatan dalam menuntut ilmu. Silaturrahim anatara ibu bapa dan anak hemdaklah mesra ,rapat, dan sentiasa menjadikan anak sebagai teman ,sahabat bicara. Mereka perlukan perhatian dan kasih sayang. Jika tidak, mereka akan liar dan mencari habuan di luar.
Khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shupian. Kami ada anak anak ya Allah. Jagalah anak anaku ini ya Allah. kerana aku tak mampu menghadapi fitnah dunia akhir zaman ini. Oleh itu, ya Allah tolonglah hambaku dengan memberi kekuatan iman , kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya keranaMu ya Allah.
  
sahabat sahabatku yang dikasihi dan disayangi. Kamulah duniaku di alam pekerjaanku...



Dinda Ta... ya Hajjah..ya Hajjah.. .... bergaya sungguh malam ni. Walaupun sibuk dan banyak kerja, Ta sentiasa memberi senyuman dan tunjukkan sikap patuh pada kerja yang diberikan. I respect U dinda Taaa...