Friday 10 December 2010

Alhamdulilah: Umm Habibah

Alhamdulilah: Umm Habibah

Alhamdulilah: Nusaybah bint Ka'ab al-Maaziniyyah

Alhamdulilah: Nusaybah bint Ka'ab al-Maaziniyyah

Alhamdulilah: Nusaybah bint Ka'ab al-Maaziniyyah

Alhamdulilah: Nusaybah bint Ka'ab al-Maaziniyyah

BEG QUILT DAN JAM QUILT HASIL TANGAN MUSIM CUTI SEKOLAH 2010




Alhamdulillah, sejenak musim cuti kali nii dah sampai ke penghujung. Baru je kita sambut Maal Hijrah 1432H. Sempat juga aku siapkan sebuah Beg tangan Quilt dan jam Dinding Quilt. Cantik.... aku sangat suka dan bangga sekali . Warna kelabu dan jam warna coklat.  Seronok bila apa yang kita suka dan menjadi hobi dapat menjadi realiti...  aku rasa terisi jugalah masa cuti ku ini. Lagi satu sempat juga aku siapkan Taman Orkid yg sudah sekian lama terbengkalai untuk dinaik taraf sedikit.... bukan hebat sangat pun, tidak tapi dah lama aku kesian kat pokok orkidku, pagi tadi semuanya dah settle, beli pasu baru, kayu arang dan sabut, jadi mana-mana yang belum dialih kerana terlalu lama dan tebal, maka aku dah selesaikan semua....

Thursday 9 December 2010

Aku Mahu Berhijrah. restuilah diriku Ya Allah..



Hijrah dalam Keikhlasan
حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ وَإِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ (متفق عليه)
Dari Abdullah bin Amru bin Ash ra, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda, ‘Seorang muslim adalah orang yang menjadikan muslim lainnya merasa selamat dari lisan dan tangan (perbuatannya). Sedangkan muhajir (orang yang hijrah) adalah orang yang meninggalkan segala yang dilarang Allah SWT. (Muttafaqun Alaih).

Hadits ini merupakan hadits sahih yang diriwayatkan oleh hampir seluruh Imam Hadits, yaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Turmudzi, Imam Abu Daud, Imam Ahmad bin Hambal, dsb. Dalam Imam-Imam kitab hadits yang enam (baca ; kutubus sittah), hanya Imam Ibnu Majah yang tidak meriwayatkan hadits ini. Dan hampir semua Imam ahli hadits sepakat akan kesahihan hadits ini.
Secara umum hadits di atas menggambarkan tentang dua hal besar; pertama karakter orang beriman, dan kedua makna hijrah. Kedua hal tersebut dirangkai dalam satu penjelasan singkat dari Rasulullah SAW melalui hadits di atas. Penjelasan pertama adalah bahwa karakter mendasar orang yang beriman (muslim), yaitu sebagai orang yang keberadaannya menetramkan orang lain. Artinya orang lain tidak merasa ‘terganggu’ dengan kehadirannya, baik secara lisan maupun perbuatannya. Bahkan kehadirannya selalu dinantikan dan ‘dielu-elukan’ oleh orang lain. Sikapnya terjaga, perilakunya terkontrol, ucapannya menyejukkan, ungkapannya menentramkan dan statementnya memajukan umat.
Sementara hal yang kedua, yaitu hakikat hijrah. Bahwa hijrah yang hakiki sesungguhnya bermakna meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah dan Rasul-Nya. Baik yang lahir (terlihat/ nyata/ rii) maupun yang batin (tidak nyata, perkara hati, ghaib). Namun untuk merealisasikan tujuan hijrah tersebut, seseorang dapat meninggalkan sebuah tempat (teritorial) menuju tempat yang lainnya jika di tempat yang awal ia tidak dapat melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Hijrah yang seperti ini dinamakan juga dengan hijrah makani. Sedangkan hijrah dalam arti yang lebih luas sebagaimana digambarkan dalam hadits di atas, sering disebut juga dengan hijrah ma’nawi.
Dalam hijrah, komponen yang terpenting adalah ‘niat’. Hal ini dapat kita lihat dari kisah muhajir Ummu Qais. Dimana terdapat seorang shahabiah yang bernama Ummu Qais, yang ingin hijrah melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya dari Mekah ke Madinah. Namun pada saat yang bersamaan, terdapat seseroang yang ‘menyukai’ Ummu Qais ini. Dan singkat cerita berhijrahlah pula orang tadi, namun dengan harapan dan tujuan untuk mendapatkan ‘cintanya’ Ummu Qais.
Akhirnya Rasulullah SAW bersabda dengan sebuah hadits yang cukup masyhur, yaitu hadits tentang niat; ‘Bahwasanya segala amal perbuatan tergantung niatnya. Dan bahwasanya bagi setiap orang akan mendapatkan apa yang diniatkannya. Barang siapa yang berhijrah karena mengharapkan keridhaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya tersebut akan mendapatkan pahala keridhaan Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa yang berhijrah karena kepentingan dunia, atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya tersebut akan mendapatkan apa yang telah diniatkannya’. (Muttfaqun Alaih)
Makna Keikhlasan
Ikhlas berasal dari bahasa Arab, yang sudah menjadi istilah dalam bahasa Indonesia. Dari bahasa asalnya, ikhlas berasal dari kata “akhlasha”, yang berarti bersih, murni dan jernih. Dari kata dasar ini, membentuk infinitifnya (masdar) menjadi “ikhlasan”. Sedangkan orang yang ikhlas adalah “mukhlis”:
أخلص - يخلص - إخلاصا - وهو مخلص

Adapun dari segi istilahnya, para ulama memberikan ekspresi bahasa yang beragam, sesuai dengan kecendrungan dan spesialisasi mereka masing-masing.
• Al-Imam Al-Mar’asyi umpamanya, beliau mengemukakan bahwa ikhlas adalah kesamaan amalan seorang hamba yang dilakukannya secara dzahir dan bathin.
• Imam Abu Qasim al-Qusyairi membahasakannya dengan, “memaksudkan amalan dengan mensatukan tujuan dalam ketaatannya kepada Allah SWT.
• Sedangkan Imam al-Susy, mendefinisikannya dengan, “hilangnya rasa keikhlasan dalam amalan yang dilakukannya, karena orang yang merasa terdapat keikhlasan pada keikhlasannya, maka sesungguhnya keikhlasannya itu membutuhkan keikhlasan.”
• Dan seorang ulama kontemporer, yaitu Ali Abdul Halim Mahmud, mengemukakan bahwa hakekat keikhlasan adalah berlepas diri dari sesuatu selain Allah SWT, yaitu bersihnya perkataan, perbuatan, atau meninggalkan sesuatu hal dengan tujuan mencari ridha Allah dan pahala dari-Nya.

Saidina Ali bin Abi Talib r.a. mengemukakan Ciri-ciri  RIYA’  yang terdapat dalam jiwa seseorang:
قَالَ عَلِيٌّ كَرَّمَ اللهُ وَجْهَهُ، لِلْمُرَائِيْ عَلاَمَاتٌ، يَكْسُلُ إِذَا كَانَ وَحْدَهُ، وَيَنْشَطُ إِذَا كَانَ فِي النَّاسِ، وَيَزِيْدُ فِي الْعَمَلِ إِذَا أُثْنَى، وَيَنْقُصُ إِذَا ذُمَّ
“Orang yang riya, terdapat beberapa ciri, (1) malas, jika seorang diri, (2) giat jika di tengah-tengah orang banyak, (3) bertambah semangat beramal jika mendapatkan pujian, (4) berkurang frekuensi amalnya jika mendapatkan celaan.”

Inilah yang paling aku takuti dan paling sukar  aku hindari. Penghijrahan ini yg dituntut dalam diriku..Entahlah, kadang2 bila aku ke masjid ramai manusia yg ku tak kenal, maka aku dengan sendirinya akan rajin beribadat, namanya pun masjid tempat sujud pada Allah. Bukan bermakna aku mahu mempamirkan ibadatku kepada orang lain, tetapi aku seronok berada dalam masjid. Bila insan di dalamnya takku kenali, maka sudah tentu riak tersebut terhindar dariku. Hatiku memang ikhlas untukmu Allah, bukan utk manusia. Mohon Allah menerima segala amal ibadatku selama ini. Amin. 
Satu lagi yang perlu ku koreksi ialah sataus perhubunganku dengan manusia sekeliling. tentu aku punya ramai musuh samada yg membenciku ataupun yg aku sendiri tidak ketahui. Manusia mana yg tidak suka pujian, namun aku kekadang lebih rela dibenci manusia   dalam berbuat amal ibadat Janji Allah menyatakan kerja tersebut boleh membawa manusia kepada keinsafan dan perubahan yg baik, aku rela bekerja keras dan sanggup berkorban apa sahaja. Padahal diluar sana betapa ramai yg tak puas2 menyatakan perkara negetif atau keji atau celaan.... tak apa aku sedikitpun tak gusar, bahkan  yg ku cari ialah keredhaan Allah SWT bukan keredaan manusia.
Dalam sebuah hadits Rasulullah SAW mengungkapkan, “..dan sempurnakanlah amal, kerana Sang Pengawas (Allah) Maha Melihat.,

وَأَتْقِنِ الْعَمَلَ فَإِنَّ النَّاقِدَ بَصِيْرٌ
Oleh sebab itu, apabila berlaku pergolakan dalam jiwaku menentang nafsu yang jahat cepat2lah beristigfar dan sentiasalah berzikir kepada Allah agar amal yg dilakukan di terima Allah Taala. Ya Allah aku amat naif, tunjukkan aku jalan yg luhur ke destinasiMu ""..   

Tuesday 7 December 2010

Anakku M.Idham Hadi berkhatan cuti sekolah,..

Tanggal 4.12.2010, hari Sabtu jam 1.20 tengahari, janji temu di Klinik al Amin Masjid Negeri Kuantan berlangsung lah acara berkhatan beramai-ramai di musim cuti sekolah... nombor giliran yg ke 29. Dari jam 9.30 pagi  Puas menunggu ...menunggu akhirnya 1.20 barulah tiba giliran Idham.. Punyalah lama... Yang seronoknya ada berbagai ragam anak-anak yang menunggu... berdebar-debar, ke tandas berkali-kali, ada yang menangis meraung-raung dalam bilik doktor... time tuu semua jadi spoil, habis yang lain kecoh.. ada yang tak jadi berkhatanpun ada kerana takut mendengar yang dalam bilik doktor meraung.
Hampir jam 2.00, Idhampun keluar dari bilik doc, tersengeh sengeh... tak sakit katanya, dan seronok macam nak berlari dah.. habis org bising.. ha.. dah boleh berlari doh.. ibu susah hati, jangan kuat-kuat nanti Bentan, kata org tua. Tiba2, sebelum naik kenderaan, di luar klinik Idham mula mengerang sakit, terduduk kejap... bila dh naik kereta, mula menangis... ayah bawa kereta 20km/j atau 30km/j pun dia nangis, katanya ayah bawa kereta laju... sambil menangis2... sakit! !!!!....
Alhamdulillah, anakku ini baik dan mengikut kataku. Mudah dididik dan senang diatur. Aku katakan padanya, dunia dia dah bermula kini... akan jadi remaja dan mula menjadi dewasa.. aku rasa bahgia melihat mereka dah besar.... namun yg ku tak lupa jg, usiaku makin meningkat... umurku makin pendek, sebab itulah aku mahu anak2ku bersdia selalu dgnn fitnah dunia kini. Semoga anak2ku menjadi Daei' di muka bumi yg Fana' ini, bergeliga otak dan akalnya membangunkan dunia ini, serta meneruskan kerja2 para Daei' . Ini shj yg aku mahu dari mereka. Amin, Ya Allah.

Tuesday 23 November 2010

KENANGAN 2010 ...

ANtara gambar kenangan yg sempat dirakamkan sesi 2010... mungkin juga tidak akan bertemu lagi selepas ini dalam situasi begini.. dikesempatan ini mohon maaflah ats segala keterlanjuran dan kelemahan diri ini agar semua yang mendatang ibarat kain putih bersih. Jauh di sudut hati ini aku tidak pernah rasa puas dengan apa yg telah aku buat, kerana ujian yang mendatang nampaknya makin berat dan sukar di atasi.
Dalam kegairahan mengejar kemajuan, nampaknya I-Phone menjadi senjata merbahaya kepada muda mudi Islam di sini. Aku sungguh takut ancaman Yahudi begitu pantas memintas masa..... lihatlah apa akan jadi pada remaja sekarang, pelajar2ku, anak muridku, anak2ku jua tak kurang menghadapi arus global yang bisa menghancurkan jati diri, memusnahkan akidah dan menghancurkan iman. Luluh tubuh badan umat Islam hari ini jika tak bertemankan al quran..

Tuesday 12 October 2010

Maher+Zain+-+Insha+Allah+%28English+version%29

video_player_embed_code_text

Aktiviti Selepas PMR

Hari ini 12hb Okt, selesai paper PMR Bahasa Arab untuk pelajar ting 3 bagi pelajar SMKPB. Tahniah kerana telah berjaya mengharungi cabaran, pahit getir mengulangkaji pelajaran, bersabar dengan latihan dan rajin membuat ulangkaji dengan bersungguh-sungguh. Namun ada juga yang teruja dengan ujian yang sedikit ini, misalnya pelajar sekolah tempatku mengawas peperiksaan PMR, tidak hadir kertas Matematik 1,2 dan KHidup kerana tidak sihat... dikatakan tidak sedar diri kena histeria mungkin kerana tertekan dengan peperiksaan atau sebaliknya... saya sendiri tak pasti. Namun apapun, kehidupan ini tidak lari dari dugaan mendatang... tetapi selepas PMR pihak sekolah sibuk mengatur jadual agar yang hadir terisi dengan aktiviti.... setakat mana dan ke mana arah tuju mereka sebenarnya....

Aktiviti Selepas PMR

Hari ini 12hb Okt, selesai paper PMR Bahasa Arab untuk pelajar ting 3 bagi pelajar SMKPB. Tahniah kerana telah berjaya mengharungi cabaran, pahit getir mengulangkaji pelajaran, bersabar dengan latihan dan rajin membuat ulangkaji dengan bersungguh-sungguh. Namun ada juga yang teruja dengan ujian yang sedikit ini, misalnya pelajar sekolah tempatku mengawas peperiksaan PMR, tidak hadir kertas Matematik 1,2 dan KHidup kerana tidak sihat... dikatakan tidak sedar diri kena histeria mungkin kerana tertekan dengan peperiksaan atau sebaliknya... saya sendiri tak pasti. Namun apapun, kehidupan ini tidak lari dari dugaan mendatang... tetapi selepas PMR pihak sekolah sibuk mengatur jadual agar yang hadir terisi dengan aktiviti.... setakat mana dan ke mana arah tuju mereka sebenarnya....

Wednesday 8 September 2010

Salam Aidil Fitri Buat semua Sahabat Yg Budiman

Buat semua teman dan anak muridku... di luar sana , dah tentu banyak sediakan kuih muih untuk h.raya... baguslah  tuuu, dalam suasana aman dan selesa sempat kita memikirkan berbagai rupa bentuk kuih muih yang akan dihidangkan kepada tetamu... itulah nikmat keselesaaan dan keamanan. tanpa merdeka diri kita tak mampu membuat apa yang di rancang, merasai kebebasan dan kebahagiaan.  Syukur pada Yang ESA... kerana tangan orang2 yang soleh di Bumi Malaysia masih lagi dikabulkan doa mereka... tapi ramai yang tidak sedar bahawa ramai yang berkorban demi sedikit keamanan yang kita kecapi sekarang.

JEMPUTLAH BERAYA DI RUMAH CIKGU YAA.... TAPI  HARI raya yang ke 6 kot baru balik kuantan... takpa lah kita di suruh berkunjung bagi mengeratkan silaturrahim ... pakat mai lah yaa.....  rumah cikgu terbuka selalu...

Sunday 11 July 2010

Coklat ... nak tempah untuk Birthday / Kenduri .... sedia terima tempahan

Kalau adik2 berminat nak jadikan hadiah, untuk majlis hari jadi, apa2 parti yang diadakan ... boleh lah kalau berminat dengan aneka jenis coklah.... Mak Han... ada sikit ilmulah buat coklat niii,,, yang dah makan semua kata best coklat tuuu.... lolly chop, oreo choc, walnut choc, kacang , inti cair dan aneka jenis lah... lihatlah gambar di bawah niii....... sedap sangat...
ini namanya coklat ... berisikan walnut, kacang,  biskut Oreo, kalau minat kismis boleh juga.... dan satu resepi sedap juga iaitu choclate Cluster  intinya cornflakes, almond cincang dan praline paste.... rangup sangat lebih kurang macam cornflakes madu... digaul dengan coklat     
 

Hijjaz, In-Team, UNIC, Mestica - Isra' Mikraj

Friday 9 July 2010

Ceramah Isra dan Mikraj 1431Hijrah/ 27 Rjab 2010 Masihi di smk pb

Tepat jam 7.40 pagi semua pelajar masuk ke dewan... nampak pelajar makin ceria dan baik aja pagi nii... kita pasang LCD agar ceramah tak jemu sangat... dimulai dengan lagu ingatkan tujuan kehidupan,,, dan sedikit tayangan slide... akhirnya jam 8.00 pagi penceramah Jemputan al Fadhil ustaz Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, pegawai Khas MB Pahang dengan tajuk " Peristiwa Isra dan Mikraj serta kaitannya dengan realiti kehidupan manusia kini ".... wow ... bestnya ceramah nii, menyusuk kalbu kata2nya.. betul aku juga jarang berdoa agar aku dapat bertemu Allah SWt di hari akhirat kelak, kecuali aku minta hal2 ttg diriku, keluargaku sahaja.... agar dikurniakan rezeki. keberkatan hidup, mati dalam kalimah syahadah... kejayaan dlm hidup... dan seumpanya yang berkisar keduniaan sahaja... bahkan Easulullah saw yang pernah bersua dengan Allah amat merindui untuk mati kerana mahu bertemu Penciptanya Yang Maha Berkuasa..Allah... lalu di saat rasa kesakitan sakaratul maut dijemput Izrael... baginda menyatakan sakitnya nak mati.. lalu berdoa kepada Allah Ya Allah... biarlah aku sahaja yang merasai kesakitan sakaratul maut ini.. tidak kepada umatku...biarlah dia saja yg sakit, bukan umatnya... hbat betul junjungan Rasulullah saw... selalu memikirkan orang lain agar diberi kesenangan ketika dalam saat kegetiran. Ya... kita tak begitu. Hati kita kotor dan keruh, kalau kesempitan mana ada nak fikir agar orang lain dapat senang dulu dari kita... tentu tidak. Biar diri kita dulu senang... dah dapat, dan lali , barulah ingat kepada orang lain.....  Ya Allah. aku juga merindui mu untuk bertemu Mu Ya Allah, masukkkan daku dlm golongan yg diberi peluang ini ya Allah...
   

Thursday 1 July 2010

KAK LONG MENJUAL MAKANAN HARI USAHAWAN DI SMK ALOR AKAR

wAH....  tahniah sejambak bungak buat anakku along yg dah mula menjinakkan diri dalam masak memasak... lihatlah niii jualan ushawan muda ... nampak berselera juga menu along dan kawan2nya... kalau mcm niii ibu memang gembira... sebab anakku dah mula minat masak...


Nampak tuu... kawannya tekun membaca menu masakan... blender tuu untuk aiskrim... nampak slera gok lah... bagus.. bagus ada perkembangan yang sihat.
Kat bawah tuuu, anakku ke 2 Muhammad Izzat... semoga 2 bradik akan menjadi anak yg soleh solehah, berbaik dan hidup berkasih sayang antara satu sama lain.   Izat bawa duit tak tuuu... nape tak menjual Hari usahawan... biasanya dia rajin ikuti program mcm niii....
Kat Atas sekali along dan Fatihah...

Siapkan Beg dan Alas Meja Petch word

Hah... lega bila alas meja dah siap ... skarang nak wak Beg pulak... penat takpa asalkan hasilnya memuaskan hati... ini sebahagiann dari koleksi kerja tanganku sebagai tanda kenangan yg aku minat sangat bidang jahit menjahit nii.... bagus juga kalau menjahit nii, sekurang2nya dpt kepuasan diri..  ini senarionya sebelum siap sesuatu projek..                                        yg tak bestnya dah berhati2 tp kena tetas juga tersilap jahit...... biasalah ... kata org menjahit nii kalau tak tetas bukan jahit namanya...       Setelah  3 minggu akhirnya beg ku siap juga... seronok betul hati ini.    Tabble runner juga dah siap. Cantik dan sangat memuaskan hatiku. Untuk hari raya lah katakannn.....

Hari Koperasi Sekolah 2010

Marilah kita kongsi sikit crita tentang sambutan Hari Koperasi SMK Paya Besar ... agak meriah... tahniah kepada semua  Ahli2nya yg bertungkus lumus menjayakannya... Bermula jam 7.40 pelajar masuk Dewan... 8.30 selesai dan mulalah acara di kantin jualan dan gerai julan oleh Persatuan2, dan Badan Unifom... agak meriah gerai jualan, Cg Maziah goreng ayam dengan teacher Wan Norihan... cg Pendidikan Khas pula... jual air Jus tembikai, soya... nasi lemak. cendol  dan macam2 jualan. Persatuan agama juga... tahniah pada Nursyaheerah yang paling rajin mennyediakan bahan jualan... juga Nur Fatihah.  aku pula menjadi hakim Pertandingan Busana Musllimah.... agak meriah juga maklumlah pertama kali menganjur... masih banyak juga yg baru. Baguslah pelajar2 yg menyertainya, berbakat dan yakin pada diri.... inilaj gelagat mereka...

Tuesday 20 April 2010

Gelagat Pelajar 4 Budiman Hari ini dan setiap Hari ..waktuku mengajar

Kekadang aku jadi mentel blok , bagaimana tips yang perlu ku buat lagi nak pastikan anak muridku belajar dengan tenang, seronok belajar, cinta akan ilmu , suka belajar dengan aku.... dan yang seumpamanyalah/..... aku betul betul tercabar hati, perasaan, pemikiran, jiwa dan ragaku.  Akuu dah guna pelbagai kaedah pengajaran... misalnya sentiasa guna power point waktu mengajar, selitkan dengan berbagai bahan media dunia hari ini agar anak muridku suka belajar , sentiasa bersikap terbuka dan turun padang bersikap dan mengikut corak hidup mereka, mengikut rentak kehidupan mereka agar mereka mahu belajar... tetapi aku rasa tertekan sungguh....  tak lekang urut dada... sikap anak muridku yang terlalu suka bercakap benda yang tidak ilmiah langsung, dek sikap orang yang suka lepak tepi jalan, rendahnya mentel mereka, kurangnya ilmu anak muridku, kenapa hati mereka jadi keras......tidur sesuka hati tanpa rasa malu padaku, bersembang seseronoknya dengan hal dunia luar mereka dengan cerita yang tiada kena mengena tentang pelajaran, bahkan isu yang amat bodoh, tak bermanfaat, tak meningkatkann iman dan taqwa langsung. Aku jadi rasa bosan sungguh niiii.......... aku bukan benci pada situasi ini tetapi aku terfikir apa yang tiada dalam diriku yang perlu ku gali mutiara yang hilang bagi menggilap sikap, hati dan perasaan mereka agar kembali sedar dan tahu yang sikap mereka dah jauh terlanjur. Wahai pelajar 4 B , baliklah ke pangkal jalan.








Friday 19 March 2010

cuti sekolah mac 2010

Seminggu masa bercuti,... rasanya macam tak cukup. Apa yang dah ku buat........pertama jahit baju dan pastikan menyulam disiapkan, bercuti 3 hari rumah pak long kl, round kl dan makan angin, format balik komputer dan make up dia, se lagi belajo buat roti tak sampai matlamat lagi. Harap2 hari sabtu terakhir cuti dapatlah belajo seperti yg dirancang...... lepas tu tak lupe juga ngundi nombor rumah dan blok di bukir pelindung, ktn. Harapanku semoga Allah Taala merestui apa jua yg kami lakukan bersama keluarga. Tak lupa hadir seminar Falak di masjid Negeri Kuantan, Jumaat ini...jam 8.00 pagi bagi sesi percambahan ilmu dan pemantapan iman dan taqwa di jiwa... Pada yg diluar sana ... selamat menjalani kehidupan di luar dengan penuh bersyariat. Jangan lupa kita diberi Allah nafas bukan sekadar percuma sahaja.....kerana kelak akan disoal apa yg telah dilaksanakan. Jungan lupa hiduplah kita dengan syariat seorang Muslim Mukmin Muhsin dan Muttaqin.

Sunday 10 January 2010

Amanah Mendatang Menuntut Kepada Pengorbanan dan Keikhlasan

Syukur kepada  Allah SWT, dengan izinNya je lah dapat aku berdiri dan masih berada di rumah pinjamanNya. Untuk apa diberi peluang melihat dunia lagi hari ini bukan lagi perlu ditanya kerana kita sudah maklum tugas manusia di dunia ini sebagai khalifah Allah SWT. Sesuatu yang  membara di dadaku pada tahun ini. Di sekolah tugas ku yang dipegang selama 21 tahun berkhidmat selama menjadi guru, tahun 2010 tidak lagi diberi kepada ku.... iaitu menjadi guru kelas. Padahal setiap tahun, aku tidak pernah terkecuali dari tugasan ini. Kerja  rutinlah katakan setiap tahun. Aku bersyukur atas dasar...... aku boleh lebih beri tumpuan kepada modal Insan, iait u amar makruf dan dakwah... di sekolah.   Inilah peluang untukku membetulkan dan membentuk kekurangan yang ada dalam diriku kemudian sama-sama membimbing pelajar yang semakin jauh dari arus Islam. Pelajar2ku hari ini di sekolah tempatku bertugas, sangat ramai yang tidak sembahyang. Aku mahu fokus dan mencari idea dan alternatif bagaimana untuk mengajak anak didikku kembali kepada Allah. Melaksanakan tiang agam yang hari ini tidak lagi menjadi perkara terpenting dalam hidup mereka. Bahkan mereka tidak rasa apa-apapun tidak bersolat..............   apa yang perlu aku buat?  Ya Allah, berilah petunjukmu dan taufuk HidayahMu kepada ku agar mahu melihat semua pelajarku kembali melaksanakan tugasdan amanah terhadap Allah. Amin ya Allah.
Kepada kawan-kawan diluar sana, jika ada idea, bagilah pada akuu di sini yang sangat memerlukan tunjuk ajar dan sangat miskin ilmu......

HARI INI ADALAH HARI JADIKU YANG  KE 45 TAHUN. AKU BERAZAM UNTUK MENINGKATKAN KETAQWAANKU DAN KETAATANKU KEPADA ALLAH SWT. AKU  Mahu melaksanakan Amanah Rasul ullah saw agar aku berdakwah dan meneruskan usaha para nabi dan para ulamak, aku mahu sentiasa meningkatkan amalan sunat... agar hatiku lebih lunak kepadaMu ,  aku mahu sentiasa dekat dengan pelajarku yang jauh dengan agama agar aku dapat lenturkan hati mereka kembali ke jalan yang benar... izinkan aku ya Allah..., aku mahu mati dalam Iman, aku mahu mati dalam keadaan orang yang soleh mati.., aku mahu BERSABAR  atas apa jua sangkaan buruk kawan-kawan jika mereka tidak suka apa yang aku  perkatakan perkara yang benar kepada mereka dan tidak akan berputus asa dengannya .. kerana aku perlu serahkan hatiku kepada Allah, bukan kawan-kawanku yang perlu ku jaga hati mereka atas dasar kepentingan duniawi ...,   tambahkan keimaananku ya Allah, dan tempatkan aku di akhirat kelak di kalangan  golongan  yang soleh. Amin