Saturday 1 October 2011

Perangai Lagak Ketua - Konon Rasa Perlu dihormati tapi..... "ada Bela hantu Kot""!!

Saya nak kongsi satu cerita.... nii berkaitan seseoranglah, saya rasa dia tak ada lebihnya kecuali seorang pekerja senior sahaja ... sepatutnya tunjuk contoh yang boleh disegani orang yang lebih junior.. namun terbalik!
Ditempat kerja dia pandai main emosi, muka nampak alim. mulut konon tak banyak berbual seperti rakan yang lain,  selalu kerja dalam bilik dia jee lah.  Kalau dia nak respek, dia akan pilih bulu.... contohnya yang berjawatan pentinglah  contoh macam bos , setiausaha bos kee , atau orang kanan dan berkuasalah. Tapi kalau orang bawah... maaflah dia tak ada kredibaliti untuk berkomunikasi, cakap sesedap rasa , tuduh sesedap rasa, pakai lontar kata-kata yang menyakitkan hati, dan jika perlu pada dia dia akan tunjukkan watak kurang adab pada sesiapa yang dia tak berkenan....   Wooooo bahaya, tapi ramai juga pengikut dia...., jenis mulut ganas ada, jenis tunduk kelu tanpa seribu bahasapun ada,  pendeknya dia pilih bulu lah mana yang dia rasa nak respek.   TAPI yang lebih BAHAYA lagi nak tau tak,   jika dia rasa dia (perasaan dia je lah) kedudukan dia mula tergugat, maka dia  yang pertama sekali cucuk kot BOS,   caranya walaupun bos baru masuk dan bertukat ke tempat tuuu tak sampai setengah jam.  MAKA DIA akan masuk bilik BOS TUUU dan dia akan bercerita "A"   to  " Z"  pada Bos tuuu.... wooo hebat cara dia COVER diri dia....    bahaya betul. bos tuu pulak, nak tak nak mesti *80 %" kena cover dia, sebab jawatan dia tuu penting sebagai ketua di bahagian itu.   Nak tak nak kebna pertahankan juga ;ah bos tuuu/  Yang panasnya Bos tuu tak nampak cacat cela orang kuat dia tuuu....:""" kita kalau bagi taupun, nampak gayanya Tak Dapat Anugerah Cemerlanglah kita... BAHKAN DAPAT APA??  nak tau   tentunya DICOP KAKI PENENTANG"""  kesian kat Bos tuuu, mata diapun jadii rabun juga akhirnya....

Saya rasa lah sejak dia masuk ke tempat kami, banyak betul pihak yang tak berpuas hati, yang terkena habuan Tunjuk Kuasanya kepada kami.  padahal jawatan Kami dari segi Grednya jauh lebih tinggi daripada dia..... tapi itulah, manusia yang bijak cari pengaruh niii, pandai betul berlakon!!! aku naik muak dan geli geleman tengok muka dia kat kerja... rasa naik loya bila bertembung!, kata orang berdosa kita ada perasaan begitu,,  yee aku tahu, tapi sampai bila kita jee nak sabar, sedangkan dia macam-macam buat kat kita?  

Apa pendapat teman-teman yang membaca ruangan luahan ini?  saya sakit hati ada begitu juga ramai yang terkena dengan dia, pakat dukk bercakap sesama kita, namun bos kita duk Cover dia jee.... seingat akulah . dulu tempat kerja aku niii serba jalan, maju dan tak pernah ada masalahpun,  tapi sejak dia datang.... berbagai peraturan dia cita ikut syok dia sendiri lepas tuu minta orang atas cover dia... apa semua niii:???

Sudah mabuk kuasa semua yang berada di atas, mereka juga sedar hal ini berlaku, tapi bila berdepan dengan dia semua buat < dek" atau buat tak tahu sahaja?  sedap dia lah tunjukkan belang!!!  dia ingat dia tuu siapa?
Pada yang benar takut nak nyatakan kebenaran. Pada yang benar tak ada yang nak pertahankan... akhirnya jadi lah ikut apa sahajalah.... kalu jadi "A" jadilah A kalau jadi "B" jadilah B.  Manusia akhir zaman ramai pengecut. kaki ampu kaki bodek, kaki penipu, kaki peras ugut, kaki itu dan ini.,,  semua nak jaga kepentingan diri sendiri.  Aku meluat tengok drama bersiri yang sedang bermain siarannya di depan mataku setiap hari....
Sesiapa sahaja cuba tegur, ada sahaja yang cover, jadi susah betul lah, Mana keadilan dunia kini, untuk orang yang dianiayai mana tempatnya? langsung tidak dilayan, apatah lagi mahu mendengar rintihan bahkan dituduh kaki lawan dan sebagainya.... ini yang timbvulnya "  surat layang" dan sebagainya sebab rasa tak puas hati.

Jadi saya mohon pandangan rakan-rakan, apa mau dibuat jika ini terjadi?  saya terasa mahu melaporkan kepada Jabatan, tapi kesian pada majikan saya dan tempat saya kerja tak mahu timbulkan masalah pada orang lain, tapi saya rasa nak tulis dalam surat khabar, lagilah tak biasa buat kerja begini... tapi takpa, saya luahkan disini jee lah.  Apapun perbuatan dia pada saya memang melampau, dia menghalau dan menolak tangan saya hulur kerana sedikit salah faham dengan dia adalah melampau, terhina dan sungguh memalukan apatah lagi ada mata yang menyaksikannya. Itulah perangai dia kalau depan Bos semua baik, ok dan tunjuk Hebat, tunjuk kuasa,,,.... tapi saya dengar dia kata dia amalkan Tarikat, jenis apa tak tahu setiap hari dengar Tazkirah tapi bergaduh dengan ramai orang, bila bergaduh, depan Bos kata maafkan dan tak ada apa-apa dah, tetapi dibelakang Bos.......      halau dan usir kita,  lepas tuuu tAK PROFESIONAL LANGSUNG'''  macam harta dia, harta kerajaan kita yang berkenaan nak berurusan dengan dia sampai TAK BOLEH,  sebab dia tak mahu berurusan dengan kita... jadii aku benngang dengan  bodoh dia nii.  takkan kerja aku nak minta tolong orang lain buat, mestilah aku kena buat, tapi SIAP DIA ISHTIHAR... guna nama orang lain takpa, jangan dengan kita, kepala bapak dia....  harta pak Hang kee buat lagu tuuu,,   kerja- kerjalah biar Profesional.... urusan peribadi emosi bodoh kita nak dicampur dengan urusan resmi kerja......    tak kee Berlagak sombong?  minta orang Tunduk sujud pada kita tapi cara kita tak respek orang... apa gila kuasa dia niiiii......