Wednesday 25 November 2009

Bina Insan SMK Paya Besar bersama Haluan, Pahang

Alhamdulillah, hari terakhir persekolah sesi 2009 di akhiri dengan majlis bersama Haluan, Pahang. Pelajar dan guru-guru berkumpul di Surau al Hikmah kerana mendengar ceramah En. Ahmad Basyir, setiausaha Haluan Pahang menyampaikan ceramah talk show tentang kejadian gempa bumi di Padang Indonesia. Banyak gambar tentang kejadian gempa , masjid  yang tumbang, kampung yang tenggelam sehingga 100 kaki tertimbus penduduknya ke dalam tanah sungguh menyayat hati dan menakutkan saya. Ini macam realiti al Quran bercakap  kepada manusia yang Allah ini ada, Maha Berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja kepada manusia jika sombong, engkar perintahnya, tidak bersembahyang, jauh dari syariat Islam, hidup berpandukan budaya rekaan nafsu manusia yang bodoh, tolol dan degil mengiku nafsu serakahnya. Akal dan minda serta al quran diberi dan dibekalkan Allah seolah  olah buku biasa yang tidak penting dalam hidup manusia.  Sungguh bertuah pelajar dan guru yang menyaksikan sendiri gambar kejadian gempa di Padang, kerana sekurangnya dapat menginsafkan diri sediri agar segera bertaubat dan kembali kepangkal jalan dan seterusnya mendidik diri agara hampir dengan allah. Rajin beribadat dan takutlah pada Allah. Ini adalah sebahagian daripada gambar yang boleh dikongsi bersama.

Dalam tempoh 2 hari dengan kehadiran pelajar yang tidak ramai (maklumlah hari terakhir persekolahan sesei 2009), berjaya juga kutipan amal disumbangkan berjumlah RM900.00. Terima kasih buat semua guru dan pelajar yang telah memberi kerjasama dan masih berhati mulia sedia membantu mangsa gempa di padang. Kepada pihak pengetua, terima kasih juga kerana telah memberi kesediaan dan kemudahan kepada pihak Bina Insan dengan kerjasama Kaunseling SMKPB,  menjayakan majlis amal ini. semoga semua kita dilimpahi rahmat dan berkah dari allah SWT. Ya Allah..... selamatkanlah Malaysia dari bala dan bencana yang dahsyat begitu.... dan yang lebih penting ya Allah, jadikanlah remaja dan pelajar SMKPB rajin bersolat dan sentiasa beramal dengan Islam... amin.

Ini pula cerita di sebalik Majlis Restu Pelajar SPM tahun 2009. Inilah rupa sebahagian calon spm yang hadir untuk memohon restu dari guru-guru dan bersalaman setelah habis sesi pengajaran. Kami semua warga guru sentiasa mendoakan kejayaan pelajar-pelajar. Tiada seorang gurupun yang mahu melihat kegagalan anak muridnya kecualilah murid tersebut sendiri yang tak sedar akan tanggungjawabnya.  Pelajar 5B, Hermawan.... bila dua minggu saja lagi nak mula periksa spm, barulah nak belajar. Sedangkan selama setahun, dibuat menganjingnya kita, tak dipedikan apa saja teguran dan nasihat, ponteng kelas setiap masa, tak mahu langsung buat kerja dan latihan yang dibekalkan guru  sentiasa bersembang di dalam kelas. Yang cukup menghairankan aku, kenapa minggu terakhir persekolahan barulah Hermawan nak insaf.... dan nak belajar dengan bersungguh2. sampaikan aku rasa terharu, sanggup dia keluar kelas lambat daripada orang lain semata-mata nak tahu jawapan soalan latihan yang dibekalkan kepadanya.  Dia minta daripadaku tajuk penting yang dijangka keluar periksa tahun ini dan aku bekalkan kertas tersebut. Dia minta aku doakan kejayaannya, aku kata InsaAllah.  semoa hermawan berjaya SPM.

 
Inilah sebahagian barisan guru yang hadir dalam majlis tersebut.  Masing2 berbaris dan bersalaman denga semua guru.




Seterusnya ku paparkan sedikit sejarah keluargaku. Pada malam Jumaat  13 hb November 2009,   balik ke Kemaman. Ibuku dianugerahkan oleh pihak negeri anugerah Keluara Mithali peringkat DUN KIJAL, Kemanan. Ada 3 peringkat Anugerah. Keluarga Ter bilang hanya 1 keluarga sahaja diperolehi oleh Cikgu  C.W.wahab, keluarga Gemilang diperolehi oleh 3 Keluarga, termasuk lah ibuku Tuan semek bt Yusuf. Mek (panggilanku  kepada ibuku) telah mendapat sijil penghargaan, wang tunai RM300.00 dan hadiah. Tahniah buat bonda yang telah menjagaku dan mendidikku sehingga menjadi manusia berguna. sesungguhnya jasa ibu pada kami anak-anak tidak ternilai dan tidak boleh dibandingkan. semoga semua jasa mek akan mendapat ganjaran Syurga di akhirat kelak.Dan 3 keluarga lagi anugerah keluarga Cemerlang.
  Amin.  Aku pula telah beregas balik dan sampai di sana pada jam 8.50 malam. Majlis berlangsung pada jam 9.00 malam. Haa inilah sebahagian daripada senario majlis pada malam itu.... dimulai bacaan doa, nyanyi lagu Negaraku dan satu malaysia. Wah.... nah dan Mak anjang bukan main lagi nyayi lagu Dato najib... satu malaysia.... macam nak bodek jeee.....

Yang   berbaju merah niii pula AJK majlis sambutan pada malam anugerah tersebut... Baju Merah wakil Barisanlah....... sedang mengagihkan kad cabutan bertuah kepada para hadirin dari keluarga yang hadir malam tuuu.... tapi tak bertuahpun.
Majlis diadakan di Pantai Telok Kalong, Kijal Kemaman....dekat rumah MB Dato Mat Said... dan anugerah disampaikan sendiri oleh MB Ganu. terima kasih MB ganu.... dengan anugerah buat Ibuku.. ini.  Dari kiri adiku Rozi, suamiku zamri, abg iparku Roslan rawi dan Abang Sulungku Dr.Ghazali. Suasana tepi pantai nyaman dan sejuk sekali.