Sunday 15 May 2011

SELAMAT HARI GURU, SELAMAT HARI JURURAWAT DAN SELAMAT HARI IBU...

Bulan Mei tahun 2011 merupakan bulan yang banyak mengandungi sorotan peristiwa suka duka dan kemegahan kepada banyak pihak. Semuanya bermula daripada kejadian Tsunami diJepun yang patut diambil iktibar oleh banyak pihak, sambutan Hari Ibu yang menjadi suatu kebanggaan kepada semua warga wanita yang pernah menjadi ibu,  Hari Jururawat pada 12 Mei, yang banyak berkorban dan menjaga pesakit tanpa rasa kesal dan jemu.... tahniah kepada semua Jururawat...........tanpa kehadiranmu, maka sia sia lah pesakit yang terlantar dan terbaring di katil yang sentiasa mengharap simpati pada yang dekat di sisi,  tak lupa juga buat warga guru yang banyak jasanya mendidik dan memberi harapan agar anak bangsa menjadi isan yang berguna di masa hadapan.
Dipercayai sambutan Hari Ibu yang pertama telah diadakan pada musim panas di England, sekitar tahun 1600 Sebelum Masihi. Sambutan itu buat untuk meraikan Rhea yang merupakan ' ibu kepada Tuhan' dan ketika itu ia dikenali sebagai Mothering Sunday. Ia disambut pada hari Ahad keempat dalam kalendar Lent iaitu 40 hari sebelum perayaan Hari Easter. Ketika itu, kebanyakan pekerja di England adalah miskin dan dikerah bekerja setiap hari . Namun pada hari sambutan Mothering Sunday, semua pekerja itu diberi cuti rehat dan digalakkan balik ke rumah untuk menghabiskan masa sehari bersama ibu masing-masing.

Beberapa negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, Belgium termasuk Malaysia menyambut Hari Ibu pada hari Ahad, minggu kedua bulan Mei, setiap tahun.

Seharusnya sebagai anak, sambutan ini tidak hanya diingati pada Ahad kedua dalam bulan Mei sahaja tetapi setiap hari. Islam sentiasa mengingatkan kita untuk meletakkan ibu yang pertama di hati kerana syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu. Ungkapan ini mengingatkan kita cerita si Tanggang yang derhaka pada ibunya dan akhirnya menjadi batu.

FOR SHARE :  Saya kekadang keliru, dalam banyak hal yang baik mengapa Barat selalu menjadi PEMULA ( the First ) dalam merai dan menghargai Ibu.  Sebabnya dunai semua tahu di dalam al Quran sudah lama menyebut kisah kewajipan anak berbuat baik terhadap ibubapa... lebih advance dari Barat  tetapi sikap orang Islam yang kurang menghayati ajaran agama nya sendiri meyebabkan kita seringkali tidak menjadi pelopor dan menjadi ikutan bangsa bangsa lain... lemahnya kita Yaa....

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapakmu, hanya kepada-Ku engkau akan kembali. [TMQ Luqman (31):14]


Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: “ Seseorang datang menghadap Rasulullah saw. dan bertanya: Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku pergauli dengan baik? Rasulullah saw. menjawab: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab: Kemudian ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa? Rasulullah saw. menjawab lagi: Kemudian ayahmu.  [HR Muslim]


Di Amerika Syarikat dan lebih dari 75 buah negara lain, seperti Australia, Canada, Jerman, Itali, Jepun, Belanda, Malaysia, Singapura, Taiwan, dan Hong Kong, sambutan Mother’s Day jatuh pada hari minggu kedua setiap bulan Mei. Ia adalah kerana padaleh tanggal itu, tahun 1870, aktivis sosial Julia Ward Howe mencanangkan pentingnya perempuan bersatu melawan perang saudara. Jadi, tujuan memperingati Hari Ibu pada awalnya bermula untuk mengenang semangat dan perjuangan para perempuan dalam usaha memperbaiki bangsa manusia.

Oleh itu, wahai saudaraku sekelian, apapun Barat telah menciptanya, kita Wajib Ingat bahawaISLAM telah lama memulakannya dahulu daripada mereka. Cuma kita sekarang belajar di Barat, mendapat Ilmu dari Barat jadi kita rasa kita sudah mula membuka mata melihat dunia yang semakin maju dan moden dari kaca mata Barat,  namun hakikatnyakita  kurang  membaca buku buku hadis, buku tulisan ulamak - ulamak Islam, buku tafsir al quran yang banyak di perosok dunia....    maka kita jadi keliru dan suka meniru budaya orang.   
Saya suka sangat jika semakin ramai pengguna facebook atau twitter, atau blog kalau boleh di dalam setiap website bisness mereka yang dipublish kepada umum serapkan sedikit ajaran, amalan , sirah rasul hukum- hakam tentang Islam, apa jualah yang boleh membina minda remaja kini agar ambil tahu hal dandunia Islam.

AYUH !!!! BERSATULAH KITA DALAM MENGEMBANGKAN KAN SEMULA DAKWAH ISLAM SEBAGAIMANA KITA LIHAT AKTIFNYA PIHAK YANG MINAT HIBURAN BERKARYA SEHINGGA CUKUP KEMAS DAN MANTAP.