عن أنس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من مسلم يغرس غرسا إلا كان ما أكل منه له صدقة. وما سرق له منه صدقة. وما أكل السبع منه فهو له صدقة. وما أكلت الطير فهو له صدقة.
Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada seorang muslim pun yang menanam pokok atau mengusahakan pertanian lalu burung, manusia atau binatang memakan daripadanya kecuali akan menjadi sedekah untuknya. (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menjelaskan kepentingan bekerja sebagai petani sebagai satu aktiviti ekonomi. Rasulullah s.a.w. menyebutkan ganjaran pahala yang akan diperolehi apabila orang lain atau makhluk-makhluk lain mendapatkan manfaat daripadanya. Dua faedah yang diperolehinya, pertama dia dapat menikmati hasil tanaman dan kedua pahala di akhirat.
Bahkan di dalam riwayat lain disebutkan ganjaran pahala ini akan berterusan hingga hari akhirat.
Orang yang mengusahakan tanah mendapat pahala dengan sebab penyertaannya dalam kegiatan memakmurkan bumi yang merupakan salah satu tugas khalifah. Dia bukan hidup untuk dirinya sahaja tetapi bekerja untuk kebaikan masyarakatnya. Dengan segala kemampuannya, dia tampil untuk melakukan kebajikan dalam bentuk menghijaukan bumi.
Atas dasar kesedaran dan keinginan mahu menyahut seruan di atas, kami mula mengorak langkah agar Allah menerima amalan kami sebagai bekalan di akhirat kelak. Ya Allah , tidak aku berbuat semua ini kecuali untukMu dan terimalah ibadahku ini seagai kerja amalku dan jadikanlah orang yang memakannya dan menerima hasilnya kelak (sekiranya aku dah tiada kelak) , mereka menggunakankannya secara yang baik baik sahaja. Jangan bergaduh sesama sendirim kelak ibu dan ayah mu akan mendapat azab di akhirat. Guna dengan baik baik ya wahai anak.. anakku..
|
Durian Belanda II |
|
Nyior Gading |
|
Kelapa Mantap |
|
Ini juga Durian kunyit |
|
Kelapa Mantap .. |
|
Rambutan anak sekolah |
|
Durian Kunyit.. |
|
Durian Kunyit... like musang King!! |
|
Durian Belanda.. |
|
Nyior Gading |
|
Deretan Kelapa Mantap |
|
Durian Kim Hong isi pahit katanya..
|
في كل كبد رطبة أجر.
"Pada setiap yang bernyawa itu ada ganjaran pahala." (al-Bukhari)
Di dalam al-Quran banyak disebutkan bimbingan supaya mengambil petunjuk daripada kekuasaan dan penciptaan Allah yang menghidupkan bumi dengan tanaman-tanaman. Dengan melibatkan diri dalam pertanian seseorang akan lebih memerhati hakikat dan hikmat di sebalik kejadian Allah s.w.t. Dengan itu, imannya sentiasa diperbaharui dan ditingkatkan.
Semoga Allah menerima segala usaha dan amala kami..Amin.
|