Friday, 16 October 2009

Izat menduduki peperiksaan PMR 09- di SMKPB


 
Debaran menunggu hari Rabu, 7hb Okt -14 Okt akhirnya sampai juga. Izzat Basyir anak kedua ku mulai menduduki  peperiksaan PMR. Perihal mendoakan anak agar berjaya dalam apa jua yang diceburi mereka bukanlah perkara asing buat seorang ibu yang mendidik anak tetapi bagiku mendidik anak lelaki di zaman ini bukan calang sukarnya. Akal kurniaan Allah untuk mereka  memang lebih dari anak perempuan tetapi persoalannya aku tidak memahaminya bagaimanakah mereka berfikir ??? sebabnya jika di zaman alongnya (anak perempuan) menduduki pmr, disuruh sahaja membaca dan mengulangkaji dia tak pernah bantah... malah ibu sungguh rasa senang hati dengan tekunnya mengulangkaji. Begitu juga adiknya Siti Aisyah menduduki UPSR tahun 09 ini, sebut sahaja ambil kertas latihan atau buku kerja terus dicapainya.Tetapi hari ini, anak lelaki tidak boleh disuruh begitu.., tv, dengar lagu dan sikap sambil lewa menjadi budaya hidup seolah-olah tidak ada perkara penting yang berlaku dalam hidupnya.
Si anak memang amat memahami kehendak ibubapanya tetapi sikap anak kadang-kadang menjadikan ibubapa terpaksa mencari idea dan alternatif lain untuk menjadikan jiwa mereka memahami sesuatu dengan lebih mendalam.

     Sebab itulah, kita sebagai orang yang beriman perlu meneliti secara halus dan mendalam emosi dan naluri anak2 hari ini yang tidak pernah sama dengan apa yang telah kita lalui masa lampau, Pun kita bercerita tentang kehidupan sukar yang pernah kita lalui yang telah menjadikan kita sebagai manusia pada hari ini kepada mereka, juga sukar kita jadikan ia sebagai panduan hidup kepada mereka. Malah sesetengah anak2, tidak akan memahaminya. Banyakkan beristigfar kepada Allah SWT boleh menenangkan jiwa, bermunajat siang dan malam memohon rahmat, hidayah dan taufik buat semua anak2ku, juga buat semua anak2 didikku agar satu hari nanti, kamu Adalah manusia pembela agama Islam. Ya Allah, jayakanlah semua mereka dalam peperiksaan PMR, dan menjadi pelajar pintar suatu hari kelak.Amin.                              

No comments:

Post a Comment