Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mengizinkan hati dan kakiku untuk melangkahkan ke surau IPD Kuantan mengerjakan sedikit ketaatan terhadap Penciptaku yang Maha Agong. Kami ada 3 kumpulan tadarrus yang dipimpin oleh 3 orang ustaz. Setakat nii, dah 10 juz telah habis ditadarruskan. Walaupun kumpulan kami tak ramai sangat, namun sikap tekun dan kesungguhan rakan rakan bertadarrus menyebabkan saya rasa sungguh terharu. Naqib kami ustaz seramai 3 orang. Mereka setia dan tekun menegur bacaan kami. Naqibku, ustaz Sufian, kami sangat senang bertadarrus dengannya. Sikapnya yang mudah, menyebabkan rakan-rakan yang kurang mahir mengaji al Quran pun sanggup turun bertadarrus.
InsyaAllah, malam niii ada morey. Gulai kawah sekor lembu. Lumayan bbeb makan berbuka puasa. Inilah gelagat rakan bertadarrus dan makan berbuka puasa. Selamat berbuka............. jangan lupa baca doa berbuka dulu, baca Bismillah dan niat sekali untuk puasa esok hari.
No comments:
Post a Comment