Setiap tahun SMKPB akan mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana. Khas untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Ramai pelajar dan ibu bapa yang hadir .Ini menunjukkan para ibu bapa hari ini sedar dan mengharapkan semua anak mereka menjadi insan cemerlang dunia dan Akhirat. Tiada apa yg dapat digarapkan daripada anak2 kecuali mereka memiliki masa depan yang cemerlang dan manusia berguna. Kami para guru dan warga SMKPB mendoakan semua mereka akan menduduki peperiksaan dengan baik dan membawa kejayaan cemerlang.
 |
Add caption |
Tazkirah Motivasi keibu bapaan disampaikan oleh ustaz Mohd Shupian b Majid pensyarah Unit Bahasa Arab dan Tamaddun Islam KIPSAS, menjelaskan keperihatinan ibu bapa terhadap tanggungjawab ibu bapa terhadap batasan pergaulan anak anak, halal dan haram pemakaian serta menjaga anak anak agar meninggalkan maksiat. Semua itu memberi keberkatan dalam menuntut ilmu. Silaturrahim anatara ibu bapa dan anak hemdaklah mesra ,rapat, dan sentiasa menjadikan anak sebagai teman ,sahabat bicara. Mereka perlukan perhatian dan kasih sayang. Jika tidak, mereka akan liar dan mencari habuan di luar.
 |
Khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Shupian. Kami ada anak anak ya Allah. Jagalah anak anaku ini ya Allah. kerana aku tak mampu menghadapi fitnah dunia akhir zaman ini. Oleh itu, ya Allah tolonglah hambaku dengan memberi kekuatan iman , kesabaran yang tinggi untuk menghadapinya keranaMu ya Allah. |
 |
sahabat sahabatku yang dikasihi dan disayangi. Kamulah duniaku di alam pekerjaanku... |
 |
Dinda Ta... ya Hajjah..ya Hajjah.. .... bergaya sungguh malam ni. Walaupun sibuk dan banyak kerja, Ta sentiasa memberi senyuman dan tunjukkan sikap patuh pada kerja yang diberikan. I respect U dinda Taaa... |
No comments:
Post a Comment