Sunday, 14 July 2013

REMPAH GULAI KAWAH HASIL TANGAN ORANG TERENGGANU..Special!!


 

Masak untuk 400 orang makan

REMPAH  GUKAI KAWAH..SEGERA


Call me 016 9617479     Atau 09- 5604061. 

Alhamdulillah, teman Nak bagitau dengan satu produk "rempah Gulai Kawah " buatan orang terengganu. Teman masak berkali kali, Alhamdulillah rempah yang bagus maka gulai daging kita rasa enak sungguh..!! Mesti try... rugi pandang saja, Anda boleh tempah sekarang!!

Cuba lihat foto di sini...masak utk sekeluarga di hujung minggu,  jika ada tetamu datang bertandang,  nak jamu kawan kawan  anak sambut hari jadi..  CUBALAH  masak sendiri di rumah. Lagi jimat dan menguntungkan. Yakinlah memang jadi dan ramai akan puji anda memang pandai masak. Cuma guna rempah ini tumiskan dan masukkan daging. atau ayam. Sedap sungguh  10 kilo daging, rempah gulai kawah perlukan 1 kilo.  lagi  pekat lagi sedap.

Baru ni September 2013, teman masak untuk 400 orang makan dengan 4 kilo rempah sebagai lauk tambahan majlis sambut menantu di Selayang, Kuala Lumpur. Daging sebanyak 38 kilo.  Mudah sahaja. 

PANDUAN / CARA MASAK REMPAH GULAI KAWAH
ASAS MEMASAK GULAI KAWAH
         Jika 1 pek 500 gm untuk 3 kilo daging  /  ayam 2 ekor
        1 KILO rempah  untuk 10 kilo daging dan masukkan santan sebanyak  santan 2 kilo.
    Untuk 10 kilo daging anggaran boleh di makan seramai 100 orang.
       
CONTOH  :  Jika  anda mahu menjamu tetamu anggaran 300 orang , rempah  gulai kawah 3 kilo, santan  sebanyak 6 kilo            ( kurang lemak lagi baik =  5 kilo cukup je..), dan daging  sebanyak 30 kilo.
            Yang lain lain, tambah sebagai penyeri iaitu :  ( Ubi kentang,  Buah Tomato,  garam dan gula sket...
            ditambah  ikut selera lah..!!).

        JANGAN MATI AIR Daging dahulu ..tak perlu! masak daging terus dengan rempah tersebut.
   
        Jika anda mahu masak 1 ekor ayam sahaja, guna rempah separuh sahaja. Yang lain  tu adjust            
        sendirilah.   InsyaAllah, rempah boleh tahan disimpan selama 3 - 4 minggu. Jika masukkan dalam peti
        ais, tahan lebih lama lagi sebulan lebih pun tak apa lagi. Sebab kebanyakan rempah tak ada yang
       lama... setiap minggu dimasak yang baru.
    
  1. Ayam  1 ekor / daging 1 -  2 kilo
  2. Ambil rempah segera gulai kawah 250gm (separuh pek)
  3. Masukkan dalam mangkuk dan bancuh dengan air biasa dahulu  (kerana rempah agak pekat)
  4. Sesetengah orang dia panaskan minyak dulu sikit..
  5. masukkan rempah Gulai kawah  Teganu segera
  6. Masak hingga berbau rempah....
  7. Masukkan daging atau ayam yang siap dibersihkan  Masak sehingga  daging  empuk dengan rempah tersebut.
  8. Masak sehingga  daging lembut. Tambah air jika pekat sangat.
  9. Tambah ubi kentang, lada besar (hijau / kuning), tomato, jika anda suka
  10. Bila ubi empok, barulah masukkan santan. 
  11. Masak hingga mendidih dan nampak pecah minyak.
  12. Angkat dan hidangkan.

INI GAMBAR REMPAH GULAI KAWAH TEGANU


500 gm untuk 3 kilo daging/ / ayam 2 ekor

Rempah Gulai Kawah Segera...sedap!!
rempah enak pasti gulai sedap.
4 kilo rempah

Memang berbaloi... tetapi ramai diluar sana terikut ikut trend kini cuma tempah dari caterer sahaja... Rugi tau!! kita jadi tak pandai masak,  memupuk sikap malas ke dapor, cuma nak senang selalu...  apa salahnya kita buat sekali , menjadi.. tentu seronok. Lain kali pasti kita akan cuba lagi dengan menu lain lagi.

Ingat , Rasulullah saw ada berpesan :  Lebih kurang maksud hadis nabi ;" Setiap jari sendi (dikerjakan) adalah sedekah."

Kita memasak, semua jari sendi kita bergerak. potong daging, tuang minyak, panaskan  periuk .  Semua jari sendi bergerak. Kan banyak Pahala kita dapat dan perolehi. Tambah lagi kita menjamu orang makan dengan masakan yang enak, pasti lagi besar pahala kita dapat.
JOM kita beramal sambil masak. ,,,
500 gm /  3  kilo  daging boleh masak




5 comments:

  1. Assallam pn Norihan
    Saya berminat..nak oder rempah gulai kawah.
    Berapa harga 1 kg..

    ReplyDelete
  2. Salam.. cam Mana nak order yea.. saya dok melaka...

    ReplyDelete
  3. Harga siap penghantaran..?

    ReplyDelete
  4. Nk oder kt mne ni..area dungun

    ReplyDelete