Thursday, 5 December 2013

Kursus penyembelihan ayam 2013

November memang kami tunggu.... time nii banyak ilmu praktikal nak bagi kat pelajar. Biar dia rasa dan tahu bahawa makanan yang diambil perlu dari sumber yang halal. Bukan payah sangat nak sembelih, cuma syaratnya guna alatan yang tajam dan putuskan Dua urat Halkum dan Merih sahaja...
Tapi kecut perut juga time letak pisau dileher ayam. Macam nak potong leher kita tentu rasanya sama sakit sahaja... cuma Islam menekankan kaedah dan cara menyembelih biar betul barulah kurang sakit dan mati lebih cepat.
Kalau  lama sakit  maka lama azab yang ditanggung. Ini tidak bertepatan dengan syariat Islam. Jika kamu menyembelih maka hendaklah kamu berlaku ihsan....""

     Pengalaman ini sukar dicari. Mujur juga Bridged Bakti sanggup turun padang membantu kami menjayakan program ini. Terima Kasih tidak terhingga kepada En Hilmi dan Encik Amri. Harapan kami pelajar memperolehi  ilmu.   Yang  enjoynya selepas itu bermulalah proses membersih dan membuang bulu ayam. Memang kekok sungguh mereka. pegang pisau. Nampak kaku.  Togel ayam dibuatnya. Medu hijau dalam perut ayam  ada yang pecah dikoreknya. Yang malas tak suka tangan kotor pun ada. Rela tak pegang ayam. Yang seronoknya kami amat rasa puas kerana sambil belajar dapat makan ayam kampung goreng special. Macam KFC....
Pelajar  perempuan membantu mengoreng ayam dan menyiapkan keperluan untuk memasak. Sporting sangat mereka ...






No comments:

Post a Comment