Thursday, 5 December 2013

Alhamdulillah atas Segalanya..

Banyak perkara yang perlu kita syukuri. Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada manusia baik dari segi kesenangan dan musibah. Itu yang wajib kita imani dan harapnya kita akan sentiasa jatuh cinta dengan Allah SWT. Ya Allah... ko bermohon kehadratMu dalam apa jua keadaan senang atau susah janganlah Engkau palingkan hatiku, iamnku dan Amalku kepadaMu...aminnnnnnnnnnnnnnn
Segala penat lelah anakku Athirah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran, kadang2 bertahajjud juga denganku membuahkan hasil yg indah untuknya. Allah SWT telahpun mengurniakan pencapaian 5A dalam UPSR tahun 2013. Tahniah anakku... Allah sentiasa menunaikan janjinya kepada orang yang berusaha...
Sijik UPKK , Alhamdulillah 8A
GB yang berwawasan.. Tkasih
Terima kasih Semua Guru SKSA
Ini sahabat karib, Syikin dan Wafa


Add caption

Ini untuk Allah, Rasul dan Islam
Tahniah...
Tangis gembiraa...

Nasib baik ada juga namaku terpilih 5A

 Rasa gembira merupakan fitrah yang Allah kurniakan jika kita telah berusaha secara bersungguhm kemudian kita mencapainya. Tetapi anakku kita seharusnya sedar yang memberi kejayaan bukan kerana kita berusaha malah bukan kerana kita pandai tetapi kerana RAHMAT ALLAH SWT. Jika kita mendengar nasihat ibubapa dan mengikuti jalan yang diizinkan Allah, maka Rahmat Allah akan sampai kepada kita,....

No comments:

Post a Comment